Beberapa hari selepas kematian salah seorang pengasasnya, Apple hari
ini mengumumkan akan menutup operasi pengeluaran peranti mereka di
China. Syarikat FOXCONN yang sebelum ini diberi tanggung jawab membina
peranti seperti iPhone dan iPad akan ditamatkan kontrak pengilangan
mereka selepas kumpulan pertama iPhone 4S dikeluarkan. Pengumuman
mengejut ini dilakukan oleh CEO mereka Tim Cook di dalam sebuah sidang
media tergempar tengahari tadi. Pada masa yang sama proses pengeluaran
peranti-peranti Apple akan dipindahkan ke Perlis Indera Kayangan.
Pemindahan pusat pengilangan peranti ini dipercayai dilakukan atas
beberapa sebab. Tim Cook apabila disoal pihak Amanz.my melalui Facetime
berkata;
“Sebenarnya pihak Apple sudah lama bercadang memindahkan pusat
pengeluaran peranti ke luar China. Pihak kami, terutamamya mendiang
Steve dituduh sebagai tuan punya hamba alaf baru kerana pekerja Foxconn
banyak membunuh diri akibat terpaksa bekerja seperti hamba sahaya.
Sebelum meninggal mendiang ada berpesan kepada saya supaya melakukan
yang sepatutnya bagi membersihkan imej Apple dan juga beliau”
Pemindahan pusat pengilangan ini mengejutkan dunia teknologi kerana
ianya bakal memberi impak yang besar kepada keuntungan syarikat
teknologi gergasi ini. Apabila disoal tentang hal ini dan mengapa Perlis
dipilih Tim Cook menjawab;
“Ya saya akui impak pemindahan ini bakal mengakibatkan
mengurangkan keuntungan syarikat untuk dua suku pertama 2012. Pada
pendapat saya Apple sudah cukup kaya dan kami mampu meresap kerugian ini
kerana hasil jualan iPhone5 yang dikilangkan di Perlis boleh
mengembalikan keuntungan untuk 4 suku seterusnya.Perlis dipilih kerana
mempunyai jumlah tenaga kerja yang banyak. Tambahan lagi kerjasama yang
diberikan kerajaan negeri cukup memberangsangkan. Mereka memerlukan
industri kami pula memerlukan tenaga kerja. Paling utama sekali pekerja
di Perlis 95% beragama Islam dan kemungkinan mereka untuk membunuh diri
jika tidak tahan dengan kerja adalah sangat rendah kerana dalam Islam
membunuh diri itu berdosa. Di China mereka atheist dan kerana itulah
mereka tiada masalah membunuh diri secara pukal. Pemindahan kilang ke
Perlis ialah situasi win-win bagi Apple”
Sementara itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika diminta memberikan komen berkata;
“Saya berterima kasih kepada pihak Apple kerana memilih negeri
Perlis Indera Kayangan menjadi pusat pembuatan peranti mereka. Saya
berharap selepas ini Perlis tidak akan hanya dikenali sebagai negeri
Mangga Harumanis, Taman Ular dan Shahidan Kassim sahaja. Produk hebat
Apple selepas ini akan turun dari indera kayangan ke seluruh dunia!”