Edisi Gempak! Gambar NAIM Bakal Suami ANA RAFFALI!

Oleh Kaki Wayang on

Bakal suami Ana Raffali, Aznaim Abdullah, 30, memberitahu GUA yang dia terpikat dengan penyanyi itu kerana mengganggap gadis itu seorang yang unik. Keputusan untuk berkahwin dibuat pada Disember lalu setelah masing-masing berbincang.

“Saya mengenali Ana sejak Ogos 2005 lagi. Sepupu Ana yang perkenalkan. Setelah hampir tujuh tahun mengenali hati-budi masing-masing, kami akhirnya bersetuju untuk membawa hubungan cinta ini ke alam perkahwinan. Majlis merisik telah dilakukan pada Disember lalu. Setelah berbincang, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada Februari hadapan. Untuk mengikut adat, kami juga akan adakan majlis pertunangan pada hari yang sama,  iaitu sebelum akad nikah dilakukan,” ulas Naim.
Dalam masa yang sama, Naim juga mendedahkan bahawa dia dan Ana sudah menubuhkan sebuah syarikat pengurusan artis yang dinamakan About The Letter A Sdn Bhd. Selain menguruskan kerjaya Ana, syarikat ini juga bakal menguruskan bakat-bakat baru yang lain.
Ana dan Naim telah mengikuti kursus pra-perkahwinan pada tahun lalu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...