Peguam Safee, Norrasyada Osman berkata beliau telah memaklumkan kepada mahkamah penyerang bola sepak yang berusia 28 tahun itu dan isterinya, Sabrina Yusof telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Cardiff City beli Safee Sali. Show all posts
Showing posts with label Cardiff City beli Safee Sali. Show all posts
Home » Posts filed under Cardiff City beli Safee Sali
Edisi Terkini! Susulan Kes Safee Sali dan Isterinya Sabrina Yusof - Safee Sali Gugurkan Perintah Taat!
Oleh Kaki Wayang on
Jutawan bola sepak, Safee Sali pada Selasa menggugurkan ‘perintah kembali taat yang difailkan terhadap isterinya’ di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Peguam Safee, Norrasyada Osman berkata beliau telah memaklumkan kepada mahkamah penyerang bola sepak yang berusia 28 tahun itu dan isterinya, Sabrina Yusof telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.
Peguam Safee, Norrasyada Osman berkata beliau telah memaklumkan kepada mahkamah penyerang bola sepak yang berusia 28 tahun itu dan isterinya, Sabrina Yusof telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.
Edisi Terkini! Isteri Safee Sali, Sabrina Yusof Tidak Taat? - Safee Sali Mahu Selesai Kes Luar Mahkamah!
Oleh Kaki Wayang on
Aik takde angina takde rebut tetiba je
rumahtangga Pemain Bolasepak Kebangsaan, Safee Sali bergolak. Pemain bola sepak
terkenal negara, Safee Sali membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan
perintah kembali taat ke atas isterinya, Sabrina Yusof, di luar mahkamah. Peguam
syarie, Norasyada Othman yang mewakili Safee memaklumkan perkara itu kepada
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Attras Mohd Zain pada prosiding sebutan kes hari
ini.
Attras kemudian membenarkan permohonan Safee untuk menyelesaikan tuntutanya itu di luar mahkamah.
Attras kemudian membenarkan permohonan Safee untuk menyelesaikan tuntutanya itu di luar mahkamah.
Edisi Hangat! Safee kekal di Pelita Jaya, kontrak RM2 juta!
Oleh Kaki Wayang on
CAKAPLAH apa sekalipun, penyerang handalan Harimau Malaya, Safee Sali
tetap menyambung kontraknya bersama kelab Pelita Jaya selama dua tahun
berkuat kuasa hari ini.
Perkara ini disahkan sendiri pengurus peribadi Safee di Indonesia, Zakaria Abdul Rahim.
Pengumuman rasmi itu sekali gus menamatkan spekulasi beberapa pasukan
tempatan yang turut mahukan khidmatnya serta dikaitkan dengan kelab di
Eropah.
“Keputusan Safee untuk kekal di Pelita Jaya adalah berdasarkan faktor
umur. Lagipun peluang dia bermain dalam pasukan utama Pelita lebih cerah
dan mampu meningkatkan lagi tahap permainannya berbanding jika dia
mewakili kelab lain.
“Mungkin dia hanya diletakkan dalam bangku simpanan atau lebih buruk
lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab,” katanya mengakui Safee
menerima lebih RM2 juta selama dua tahun termasuk pelbagai kemudahan
seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi,
cukai dibayar kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang
disediakan kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.
Dalam pada itu, Safee bersedia menyarung jersi kebangsaan selagi khidmatnya diperlukan.
Difahamkan, Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC
tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang
mempunyai afiliasi dengan Cardiff untuk tempoh sekurang-kurangnya satu
tahun.
Edisi Hangat! "Malaysia" Layak ke Final Piala Liga Inggeris!
Oleh Kaki Wayang on
Pengurus Cardiff, Malky Mackay (kanan) dan Chan Tien Ghee meraikan kejayaan mara ke final Piala Liga, semalam.
Kejayaan Cardiff City mara ke perlawanan akhir
Piala Liga semalam turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menganggap ia satu kebanggaan buat
negara. Kelab dari Wales itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia,
Datuk Chan Tien Ghee berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas
menumpaskan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi
separuh akhir kedua.
Menurutnya, selain dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, kelab
yang beraksi di divisyen satu di England itu turut memakai jersi yang
tertera nama negara dan ia layak untuk disebutkan sebagai satu sejarah.
"Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kita juga masih mempunyai dua
kelab di Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dan Aston Villa di
mana pada jersi kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kaitan dengan
Malaysia," katanya kepada media selepas melawat Pusat Simulasi
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.
Jelasnya, kejayaan tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakyat
Malaysia tetapi turut menjadi bualan di peringkat antarabangsa.
Kelab yang terkenal dengan nama jolokan Bluebirds itu layak ke
saingan akhir buat pertama kali dan pernah muncul juara Piala FA pada
1927 serta dua kali meraih gelaran naib juara pada 1925 dan 2008.
Betol-betol Gempak! Safee Sali bermain di Kelab Cardiff CIty
Oleh Kaki Wayang on
Penyerang prolifik negara, Safee Sali bakal muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang diuji Cardiff City selama dua minggu.
Penyerang Pelita Jaya itu yang menyerlah bersama kelab dan negara
kebelakangan ini, sudah cukup untuk menawan hati pemilik Cardiff City,
Datuk Chan Tien Ghee untuk diberi peluang bersama pasukan berpangkalan
di Wales itu dari 12-27 September.
Safee merupakan pemain kedua yang ditawarkan untuk menguji nasib selepas kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang terlebih dahulu mendapat tawaran tetap terpaksa menangguhkan hajatnya berikutan ingin memberi komitmen bersama Selangor dan pemain berusia 24 tahun itu dijangka berangkat ke sana sebaik kempen Piala Malaysia berakhir.
Safee sering dibandingkan dengan arwah Mokhtar Dahari dan dianggap sebagai penyerang terbaik generasinya. Perkhabaran terbaru ini memberi erti besar kepadanya yang menganggap sebagai kemuncak dalam kariernya.
"Setiap peminat bola sepak di Malaysia mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris dan begitu juga saya. Ketika kecil, saya selalu berangan-angan untuk beraksi di liga Inggeris satu hari nanti. Dan sekarang saya memiliki kesempatan itu untuk menjalani percubaan selama dua minggu. "Pintu sudah terbuka buat saya. Ini peluang sekali seumur hidup dan saya akan memberikan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya," kata pemain berusia 27 tahun itu.
Sementara itu, Datuk Chan berharap lebih ramai lagi pemain Malaysia yang memiliki potensi untuk menggegarkan arena bola sepak.
"Apabila Safiq diuji oleh Cardiff, timbul banyak laporan baik di sini dan juga Malaysia. Sekarang Safee juga tersenarai, semoga keghairahan ini akan meningkatkan dan memberi inspirasi kepada pemain muda kita untuk menjadi menjadi pemain tersohor. "Usaha ini adalah baik untuk kelab dan Malaysia. Ramai bakat tanahair kita dan kini adalah masanya untuk kita menghargai bakat mereka dengan memberi mereka pendedahan yang betul. Saya rasa ini akan menjadi pemangkin kepada revolusi," kata Datuk Chan yang mengambil alih Cardiff tahun lalu.
Menurut pengurusnya, Zakaria Rahim berkata Safee sedang berada di Indonesia berlatih dengan pasukan kelabnya dan dijangka akan tiba di ibu negara sehari sebelum berlepas ke England. Beliau menjelaskan Safee ketika ini hanya berlatih di sana sebagai persiapan menghadapi musim baru namun belum tahu tarikh sebenar.