Tajuk "over" hari ni adalah seperti yang tercatat di atas..over padahal selama ni asyik marah-marah je kat Maxis sebab line dan signal tak berapa nak baik suatu masa dahulu..
Oklah..setelah menjadi salah
seorang pelanggan Maxis yang setia (katenyer)..tetiba Maxis memberikan hadiah
sempena dengan Tahun Baru 2012 ini..semuanya bagi menghargai akan kesetiaan aku
sebagai pelanggan mereka selama 7 tahun..pagi ni tetiba dapat surat RASMI dari
Maxis yang mereka kini telah mengemaskini dan manambah kuota internet untuk HTC
HD7 aku tu dari 3GB ke 5GB pada harga RM88 yakni tidak ada sedikit penambahan
pun dari segi kos pembayaran setiap bulan..sebenarnya MAXIS sudah pun
memaklumkan mengenai perkara ini melalui penghantaran mesej makluman mereka
sebelum ini..Cuma surat RASMI dari mereka baru sahaja aku terima dari bahagian
pentadbiran..
So lepas ni aku dah tak perlu dah
kot nak guna broadband untuk layari internet menggunakan mobile ataupun laptop
aku sebab aku kini boleh berkongsi data internet bagi kedua-dua
pihak..gehtoooo..
Apapun, aku begitu gembira
menerima hadiah yang sangat besar ertinya ini..Your data quota upgrade takes
effect on 4th January 2012..wah gitew..kao mampooo..tapi kan nombor
yang digunakan untuk monitor usage of data quota tu macam tak berguna je..sebab
asyik failed je..ni nombor nya..*136*9# (untuk check data usage data).