Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak
Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun
di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55
tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di
Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.
Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium
Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada
bahagian kiri keretanya.
“Pada mulanya saya sangka kereta saya
dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut
meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan
saya.
“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia
berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika
itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Hantu Kak Limah disamun 2 HANTU!