PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Harith Iskandar tayang perut isteri. Show all posts

Home » Posts filed under Harith Iskandar tayang perut isteri
Edisi Sentap! Gambar dan Alkisah Harith Iskandar dan Isteri Tayang Perut Terima Bayi Pertama!
Oleh Kaki Wayang on
Harith Iskander hari ini umumkan di Twitter yang isteri tersayang beliau, Jezamine Lim telah pun selamat melahirkan anak pertama mereka pada 8 Mac lalu.
Pasangan ini menamakan anak pertama mereka sebagai Zander Xayne
Iskander & ini menimbulkan keraguan di’kalangan peminat akan jantina
sebenar bayi ini.
Edisi Sentap! Harith Mohon Maaf Tayang Perut Isteri!
Oleh Kaki Wayang on
Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu
mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine
Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.
Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun ‘Twitter’ miliknya.
Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.
“Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut ‘Twitter’ saya.
“Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu,” katanya.
Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.
Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.
“Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.
“Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi,” ujarnya.
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan ‘stand-up comedy’ di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.
“Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.
“Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami,” ujarnya.
Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Edisi Sentap! 9 Gambar Harith Iskandar Tayang Perut Isteri!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! 9 Gambar Harith Iskandar Tayang Perut Isteri!