PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Liga Super. Show all posts
Showing posts with label Liga Super. Show all posts

Edisi Hangat! Amukan Gergasi Merah semakin berbisa!

Oleh Kaki Wayang on


LANGKAH 'pendekar' Gergasi Merah, Selangor ketika ini dilihat cukup sukar digugat. Malam kelmarin, Shahzan Muda menjadi mangsa 'amukan' Merah Kuning itu apabila 'dibedil' di depan penyokong sendiri dengan keputusan 0-4 dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2012.

Ia merupakan rentetan kemenangan yang cukup bermakna buat Gergasi Merah selepas membenam Kelantan 2-1 dalam aksi Liga Super Selasa minggu lepas, sekali gus menutup mulut pengkritik yang meragui persembahan hambar pasukan itu pada permulaan musim ini. Dengan kemenangan itu, semifinalis Piala FA 2011 itu bakal berdepan bekas 'sifu' mereka, K. Devan di pusingan kedua pada 10 Mac depan selepas Johor FC berjaya mengejutkan juara edisi 2010, Negeri Sembilan di gelanggang lawan dalam satu lagi perlawanan kelmarin.

Sudah pasti, pertemuan 'mata bertentang mata' antara Devan dan jurulatih baharu Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menjanjikan sesuatu yang istimewa buat peminat fanatik Merah Kuning, bagi membuktikan siapa sebenarnya yang lebih hebat.

Irfan begitupun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menyifatkannya masih terlalu awal untuk menimbang-tara sebarang kemungkinan menjelang pertemuan dengan Sang Lebah di pusingan kedua nanti. Menurut beliau, pemainnya mahu menumpukan sepenuh perhatian terlebih dahulu menentang Kedah di gelanggang lawan bagi saingan Liga Super pada 3 Mac depan sebelum memikirkan ramuan istimewa bagi mengekang kemaraan anak-anak buah Devan selepas itu.

"Masih terlalu awal (membuat sebarang andaian menentang Johor FC), bagi saya ia tidak ada bezanya dengan perlawanan lain.

"Ia mungkin penting (bagi peminat Selangor) berdepan semula Devan, tetapi saya rasa ia tidak lebih daripada sekadar satu kebetulan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Amukan Gergasi Merah semakin berbisa!

Edisi Sentap! Terengganu Bermain Bola dalam gelap, Kejadian ini sangat memalukan!

Oleh Kaki Wayang on



"Kejadian ini (lampu stadium padam) sangat memalukan, saya amat tak puas hati dengan kejadian ini." 

Demikian luahan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai insiden lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang terpadam lebih setengah jam sehingga perlawanan bola sepak Liga Super Terengganu melawan Kedah malam tadi tergendala.

Ahmad turut kesal dengan sikap sambil lewa pihak-pihak berkenaan yang tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri lebih awal mengenai apa masalah sebenar yang berlaku membabitkan lampu limpah stadium itu.

"Ini yang buat saya marah dan masalah ini sesuatu yang memalukan. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) atau PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) maklumkan pada kita apa masalah sebenar.

"Sampai sekarang pun tak ada pihak yang datang jumpa saya untuk beri penjelasan sama ada PBSNT atau pun MBKT atau pihak lain untuk menceritakan hal dan keperluan sebenar ataupun beri penjelasan kepada Exco.

"Kita tak perlu panggil mereka yang terlibat kerana itu tugas mereka untuk beri penjelasan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas suasana di stadium berkenaan yang 'bergelap' selama lebih setengah jam apabila berlaku kerosakan teknikal pada lampu limpah sehingga mendorong pengadil menghentikan sementara perlawanan.

Pada perlawanan antara Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin, lampu limpah stadium berkenaan terpadam sejurus bermula separuh masa kedua sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan lebih setengah jam.

Ahmad selanjutnya berkata, beliau pelik bagaimana masalah itu masih berulang sedangkan sebelum ini lampu limpah itu telah dibaik pulih dengan meningkatkan tahap pencahayaannya.

"Saya dah beritahu dulu, kalau kita nak tahu kita perlu dapatkan maklumat teknikal, kalau kita nak pasang lampu 800 lux kita perlu pasang lebih, kerana pencahayaan ini akan menurun dan sebaliknya.

"Tapi kita tak dapat maklumat yang sebenar, dari segi teknikal mereka perlu beritahu kita. Kalau stadium nak pakai lampu 800 lux maka kita kena pasang 900 lux," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan perlawanan-perlawanan akan datang yang dilangsungkan di stadium berkenaan terpaksa diadakan pada sebelah siang sekiranya masalah itu masih berlarutan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Terengganu Bermain Bola dalam gelap, Kejadian ini sangat memalukan!

Edisi Hangat! Liga Super: Selangor Padam Ego Kelantan apabila menang 2-1!

Oleh Kaki Wayang on

SELANGOR menewaskan pasukan The Red Warriors 2-1 dalam persaingan Liga Super 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Walaupun gagal mengutip tiga mata pada perlawanan kelapan, Kelantan masih mendahului kedudukan carta liga dengan kutipan 17 mata, iaitu dua mata di depan pencabar utama, Perak.

Dengan lapan perlawanan setakat malam ini, Kelantan memenangi lima pertemuan, seri dua kali dan tewas sekali. Kelantan telah mengumpulkan 17 mata untuk kekal di tangga teratas persaingan Liga Super.

Perak memperoleh 15 mata, Terengganu (14), Lions XII (14), T-Team (13), Negeri Sembilan (12) dan Selangor (12).

Pemain pasukan Selangor seolah mendapat nafas baru bermain secara teratur apabila Safiq Rahim menjaringkan gol pertama menerusi rembatan deras pada minit ke-47 diikuti jaringan pendatang baru Selangor Basko Balaban pada minit ke-75. Gol saguhati Kelantan dijaringkan S.Subramaniam pada minit ke-92.

Perak yang menduduki tangga kedua carta liga pula tumpas 1-2 kepada Lions XII di Stadium Perak, Ipoh. Gol pasukan Lions XII dijaringkan Mohd Sharil Ishak pada minit ke-17 dan Shaiful Esah pada minit ke-75, manakala gol saguhati Perak disumbangkan Michal Kubala pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti.

Sementara itu, T-Team mengalahkan Felda United 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Gol T-Team dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minit-31 dan 69 mankala Zairo Anuar melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-84.

Di Stadium Likas, Sabah, pasukan tuan rumah dengan mudah menewaskan pasukan tercorot, Kuala Lumpur 2-0 hasil jaringan Mohd Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-36 dan Michael William Bird (minit ke-46). Johor FC pula tumpas 1-2 kepada Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. Gol tuan rumah dijaringkan Arthur Henrique pada minit ke-21, manakala gol Sarawak dijaringkan Guy Bwele (minit ke-33) dan Mohd Azizan Baba (minit ke-74).

Selangor PKNS mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, manakala Terengganu juga seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Liga Super: Selangor Padam Ego Kelantan apabila menang 2-1!

Betol-betol Hangat! Terengganu, Kelantan to slug out in FA Cup final

Oleh Kaki Wayang on

Kelantan during celeberates the Malaysia Cup for the first time after beating Negri Sembilan 2-1 at the National Stadium in Bukit Jalil on Saturday, October 30 2011

Kelantan and Terengganu qualified for the 22nd FA Cup final on June 11 after they beat their opponents in the second semi-finals.Playing in front of home crowd at the Sultan Mohamad IV Stadium, Kota Baharu, Kelantan turned the tide against Selangor although they played to a 1-1 draw after clinching a 6-2 aggregate. In another second semi-final, Terengganu sent their supports into ecstasy when they beat Pahang 2-0 to book a berth in the final with a 5-2 aggregate.

In tonight's decider, Kelantan scored through Mohd Shakir Shaari (9th) minute while Selangor equalised through Amri Yahyah (78th minute). Terengganu rang ring all over Pahang at the Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, scoring through Abdul Hadi Yahaya in the 36th minute and substitute Mohd Alimi Fahmi Kamaruddin (85th minute). In the Premier League, Selangor PKNS beat police 5-1 to widen their lead against their closest rivals, Sarawak by 12 points.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Terengganu, Kelantan to slug out in FA Cup final
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...