PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Rasuah Liga Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Rasuah Liga Malaysia. Show all posts
Home » Posts filed under Rasuah Liga Malaysia
Edisi Hangat! Liga Super: Selangor Padam Ego Kelantan apabila menang 2-1!
Oleh Kaki Wayang on
SELANGOR menewaskan pasukan The Red Warriors 2-1 dalam persaingan Liga Super 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Walaupun gagal mengutip tiga mata pada perlawanan kelapan, Kelantan
masih mendahului kedudukan carta liga dengan kutipan 17 mata, iaitu dua mata di depan pencabar utama, Perak.
Dengan lapan perlawanan setakat malam ini, Kelantan memenangi lima
pertemuan, seri dua kali dan tewas sekali. Kelantan telah mengumpulkan
17 mata untuk kekal di tangga teratas persaingan Liga Super.
Perak memperoleh 15 mata, Terengganu (14), Lions XII (14), T-Team (13), Negeri Sembilan (12) dan Selangor (12).
Pemain pasukan Selangor seolah mendapat nafas baru bermain secara
teratur apabila Safiq Rahim menjaringkan gol pertama menerusi rembatan
deras pada minit ke-47 diikuti jaringan pendatang baru Selangor Basko Balaban pada minit ke-75. Gol saguhati Kelantan dijaringkan S.Subramaniam pada minit ke-92.
Perak yang menduduki tangga kedua carta liga pula tumpas 1-2 kepada Lions XII di Stadium Perak, Ipoh. Gol pasukan Lions XII dijaringkan Mohd Sharil Ishak pada minit ke-17
dan Shaiful Esah pada minit ke-75, manakala gol saguhati Perak
disumbangkan Michal Kubala pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti.
Sementara itu, T-Team mengalahkan Felda United 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Gol T-Team dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minit-31 dan 69 mankala
Zairo Anuar melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-84.
Di Stadium Likas, Sabah, pasukan tuan rumah dengan mudah menewaskan
pasukan tercorot, Kuala Lumpur 2-0 hasil jaringan Mohd Rozaimi Abdul
Rahman pada minit ke-36 dan Michael William Bird (minit ke-46). Johor FC pula tumpas 1-2 kepada Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. Gol tuan rumah dijaringkan Arthur Henrique pada minit ke-21, manakala
gol Sarawak dijaringkan Guy Bwele (minit ke-33) dan Mohd Azizan Baba
(minit ke-74).
Selangor PKNS mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Negeri
Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, manakala Terengganu juga
seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Edisi Sentap! Pensyarah Matematik didakwa rasuah RM300!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari
sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed pada pukul 11 pagi semalam.
Pada 2 petang kelmarin, pensyarah mata pelajaran Matematik itu
ditahan SPRM di kolej berkenaan ketika menerima wang RM300 daripada
seorang penuntut bagi membolehkan pelajar itu lulus dalam satu tugasan
bagi tujuan peperiksaan.
Pensyarah lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan
dan dipercayai akan ada lagi penuntut tampil memberikan maklumat di
samping kerjasama penuh diberikan pihak pengurusan kolej itu.
Difahamkan pensyarah berkenaan menjadikan penuntut yang lemah dalam pengajian mereka sebagai mangsa. Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abdul Manaf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Edisi Sentap! 11 Pemain Bolasepak Negeri Sembilan Didakwa!
Oleh Kaki Wayang on
Segala teka-teki mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan 2011 yang didakwa terlibat dalam gejala rasuah akhirnya terjawab semalam.
Semua individu terbabit dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti
bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam
skandal rasuah.
Penggantungan tersebut berkuat kuasa sejak 30 November tahun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) semalam, siasatan yang dilakukan Jawatankuasa Tatatertib badan
induk sukan bola sepak negara itu ke atas pegawai dan para pemain
terbabit mendapati terdapat unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur
perlawanan melibatkan pasukan berkenaan.
Kenyataan itu turut menyebut pemain dan pegawai Piala Presiden
pasukan SDM Pulau Pinang, Johor MP Muar dan Terengganu T-Team 2010 turut
digantung sementara sehingga mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang
akan datang.
Edisi Sukan! Titik Noda Liga Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on
LIGA M musim ini baru memasuki tiga perlawanan tapi gejala rasuah
sudah dikesan menyelinap dalam dunia bola sepak tempatan apabila seorang
pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap
dakwaan menjual perlawanan membabitkan pasukan negeri itu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberitahu pemain
muda berusia 20-an, ditawarkan kontrak beraksi bagi musim ini, dipanggil
memberikan keterangan Sabtu lalu, selepas didakwa mempunyai maklumat
mengenai perlawanan yang menyaksikan skuad Singa Utara tumpas 2-7 kepada
Majlis Perbandaran (MP) Muar dalam saingan pertama Liga Perdana, Isnin
lalu.
Dipercayai, setakat ini, hanya pemain itu dipanggil SPRM bagi
membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan sekali gus menjadi pemain
pertama dikaitkan dengan dakwaan rasuah untuk musim ini.
“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.
“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.
Penolong Pengurus, Hamunir Hamzah bagaimanapun berkata, setakat ini pengurusan pasukan negeri tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh atau mengaitkan mana-mana pihak dengan kewujudan gejala negatif yang menyaksikan kekalahan ‘memalukan’ skuad Singa Utara itu.