PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Liz Taylor Wanita tercantik dunia. Show all posts
Showing posts with label Liz Taylor Wanita tercantik dunia. Show all posts

Edisi Sentap! 10 Wanita Cantik (Yang Dilahirkan Lelaki)!

Oleh Kaki Wayang on

Ramai orang tidak sedar yang ada model yang menghiasi pentas peragaan wanita sebenarnya ialah lelaki. Model-model cantik ini, kalau kita tidak tahu, mungkin kita tidak akan sangka bukan asalnya wanita, tak begitu?

1.        Andrej Pejic


 
Model Serbia-Australia Andrej ialah seorang androgynous dan terkenal atas kebolehannya mengayakan pakaian lelaki mahupun wanita. Pada sebuah pertunjukan fesyen Januari 2011 di Paris, dia telah berjalan di pentas peragaan untuk rangkaian fesyen wanita  Jean-Paul Gaultier dan pakaian lelaki Marc Jacobs. Dia berada di tangga ke-50 dalam sebarai  50 Model Lelaki dan dalam masa yang sama berada di tangga ke-untuk “100 Wanita Terseksi FHM 2011”  (oh, Zarina Anjoulie tak ada dalam senarai FHM?) Lagi 9 gambar selepas jump.

2.        Lea T.


 
Berasal dari Brazil, Lea T. dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981, tetapi itu tidak menghalang dirinya dari menjadi antara model terlaris di dunia . dikatakan inspirasi bagi rekaan busana high-fashion, Givenchy.

3.        Claudia Charriez


 
Sukar untuk dipercayai yang Claudia Charriez dilahirkan sebagai seorang lelaki, bukan? Dia kini merupakan seorang model antarabangsa. Charriez tidak berjaya menempatkan dirinya sebagai peserta America’s Next Top Model dan The Janice Dickinson Modeling Agency pada tahun 2008, tetapi telah menjuarai pertandingan America’s Next Top Transsexual Model di The Tyra Banks Show hujung tahun tersebut.

4.        Isis King


 
Dilahirkan sebagai Darrell Walls pada tahun 1985, model Amerika Isis King mula dikenali apabila dia menyertai America’s Next Top Model sebagai wanita. King bersaing untuk dua musim bagi rancangan itu.

5.        Florencia De La V


 
Florencia De La V dari Argentina memulakan hidup pada 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidadteapi dia kini antara pelakon wanita popular di rantau sana. De La V telah muncul dalam telenovela, model majalah, kelab, dan pernah menjadi editor majalah. Dia kini berkahwin dan  merupakan ibu kepada dua orang anak kembar melalui kaedah ibu tumpangan.

6.        Sirapassorn Atthayakorn


 
Sirapassorn (AKA Sammy) Atthayakorn teoah dinamakan Miss International Queen in untuk pertandingan Ratu Cantik Thailand 2011.

7.       Chamila Asanka


Model Sri Lanka Chamila (AKA Chami) Asanka sedang meningkat naik dalam bidang peragaan dan hiburan negara itu . Dia juga uialah salah seorang peserta dalam pertandingan ratu cantik Miss International Queen (yang dimenangi Thailand).

8.        Caroline “Tula” Cossey


 
Caroline “Tula” Cossey (dilahirkan Barry Kenneth Cossey), berbangsa Inggeris, merupakan antara wanita transeksual paling terkenal di dunia . Cossey melakonkan watak kecil dalam the filem James Bond The Living Daylights, bergaya untuk majalah Playboy, dan menulis autobiografi tentang pengalamannya sebagai model dan pelakon dalam “I Am A Woman.”

9.        Roberta Close


 
Model Brazil Roberta Close menjalani pembedahan menukar jantina pada 1989, dan diundi sebagai”Most Beautiful Woman in Brazil.”

10.    Malika


 
Malika dari India  ialah wanita trans yang telah menjalani 4 pembedahan dan tak terkira lagi prosedur perubatan untuk menjadi seorang wanita. Pada tahun 2011 dia menjadi warga India pertama untuk bersaing dalam pertandingan tahunan Miss International Queen di Thailand Thailand, pertandingan ratu cantik untuk wanita transeksual.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! 10 Wanita Cantik (Yang Dilahirkan Lelaki)!

Betol-betol Gempak! Koleksi Liz catat rekod dunia

Oleh Kaki Wayang on


NEW YORK: Koleksi barang kemas milik Elizabeth Taylor yang dilelong dalam satu acara lelongan di New York, mencecah AS$115 juta (RM367 juta), rekod tertinggi setakat ini, termasuk AS$11.8 juta (RM37.6 juta) untuk kalung mutiara dan AS$8.8 juta (RM 28.02 juta) untuk sebentuk cincin berlian, kedua-duanya pemberian Richard Burton.

Kalung mutiara yang mengandungi sebuah mutiara bersejarah dikenali sebagai ‘La Peragrina’ dibeli oleh Burton pada 1969 yang waktu itu berharga AS$37,000 (RM117,852).
 
Kalung yang dilelong malam tadi mencapai rekod dunia AS$11,842,500 (RM37.6 juta)

Kalung itu dianggarkan dapat dijual pada harga AS$2 (RM6.37 juta) hingga AS$3 juta (RM9.6 juta) dalam lelongan yang dibuat oleh pusat lelongan barangan kemas Christie serta barangan memorabilia kepunyaan mendiang.
Mutiara La Peregrina dikatakan satu daripada mutiara terpenting di dunia. Ia dihasilkan pada kurun ke-16 dan pernah dilukis oleh Velasquez. 
 
Ia pernah dimiliki oleh Raja Sepanyol, Philip II dan Ratu Mary I.

Burton meminta Cartier untuk menghiaskan mutiara itu pada kalung bertatah berlian dan batu delima.

Cincin berlian 33.19 karat juga diberikan oleh Burton kepada Elizabeth, yang dikahwini sebanyak dua kali itu, dibeli daripada seorang pembeli dari Asia dengan harga AS$8,818,500 (RM 28.0.2 juta).

Thomas W. Burstein daripada Christie berkata, hanya sekali saja cincin itu ditanggalkan daripada jari Elizabeth, iaitu ketika dia memberikan kepada sahabatnya untuk mencuba.

Elizabeth, dewi layar perak, bekas bintang kanak-kanak dalam National Velvet.

Dia yang pernah berlakon sebagai Cleopatra dan dalam filem ‘Who’s Afraid of Viginia Woolf?’, meninggal dunia di Los Angeles Mac lalu, ketika usianya 79 tahun.

Elizabeth adalah seorang daripada wanita tercantik dunia, pernah berkahwin lapan kali dan sering dihadiahkan barang kemas oleh peminatnya.

Koleksinya yang terkenal termasuk barang kemas daripada Cartier, Van Cleef & Arpels dan Chopard.

Barang-barang kemas yang dimiliki sepanjang lima dekad itu mempunyai kisah mengenai kehidupannya yang penuh warna-warni.

Antara barang yang dilelong termasuk pakaian gaun ‘couture’ yang dikenakan ketika perkahwinannya dengan Burton (dua kali)
 


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Koleksi Liz catat rekod dunia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...