PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Menipu dalam peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Menipu dalam peperiksaan. Show all posts
Home » Posts filed under Menipu dalam peperiksaan
Betol-betol Bangang! 15 Cara Pelajar Meniru yang perlu diketahui!
Oleh Kaki Wayang on
Inilah antara cara-cara untuk meniru dalam
peperiksaan!
#1: Guna kuku tangan (fingernail)
Tulis maklumat menggunakan pensil di kuku. Kalau
cikgu datang nak tengok, cepat-cepat padam. So, kepada cikgu-cikgu, kalau
nampak ada yang asyik tengok kuku tu, sila lah datang senyap-senyap dan
tangkap.
#2: Guna mechanical pencil atau pen
Cara ni mesti guna mechanical pencil dan pen yang
transparent supaya boleh masukkan kertas dalam tube pencil dan pen ni. Dah
masukkan kertas bertulis nota atau formula tu, tutup balik cam biasa. Masa
exam, boleh tiru dengan selesanya kecuali kalau cikgu dah membaca rahsia ni.
Kalau itu berlaku, akan kantoi la dengan mudah sekali.
#3: Guna kalkulator saintifik
Cara ini memang popular. Selitkan nota kecil
menggantikan kertas yang memang sedia ada di bahagian penutup kalkulator tu.
So, sila jangan benarkan pelajar membawa penutup kalkulator semasa peperiksaan.
#4: Tengok kertas student lain
Cara ni paling senang. Buat-buat lenguh leher,
pastu buat-buat cracking neck. Sambil tu, jeling-jeling jawapan kawan sebelah.
Kalau buat selalu sangat, memang wajib ada yang kena ketuk plak kat
kepala..haha
#5: Guna penutup pen
Lebih banyak pen yang ada penutup, lebih bagus!
Nota penting diselit dalam penutup pen dan tutup pen macam biasa. Bila perlu,
ambil la nota dalam penutup pen tu. Tapi jangan buat banyak kali, nanti kantoi.
So, kalau ada student yang bawak banyak pen, try la check penutup pen tu.
Mungkin akan menjumpai sesuatu yang tak terjangka!
#6: Tulis di atas meja
Yang ni pun popular. Tulis nota atau formula atas
meja. Cikgu takkan asyik nak check meja je kan. If kantoi, cakap la bukan
sendiri yang tulis. Tapi tak dapat la nak menolong kalau cikgu kenal tulisan
pelajar! Haha..
#7: Guna pemadam
Potong pemadam menggunakan pisau tapi jangan sampai
putus, potong separuh je. Tulis nota di tempat yang dipotong tadi. Lepas tu,
biarkan pemadam tu kembali macam keadaan asal. Bila nak tengok nota tu,
bengkokkan sedikit pemadam tu dan boleh lah meniru dengan bijaknya.
#8: Tulis di lanyard
Kebanyakan sekolah sekarang ni mempunyai kad
matriks yang dipakai bersama landyard. Nota atau formula di tulis pada landyard
dan dipakai semasa peperiksaan. Kemudian jeling-jeling sket nota dan formula
yang ditulis semasa peperiksaan.
#9: Guna MP3 player
Yang ini mungkin digunakan oleh mereka yang
bertudung. Nota dirakam dalam format mp3 dan dimasukkan ke dalam mp3 player.
Boleh dengar nota yang dirakam semasa menjawab peperiksaan. Tapi kalau guna
volume terlalu kuat sampai orang lalu dekat pun boleh dengar, senanglah nak
tangkap!
#10: Label botol minuman
Ini memang agak popular di negara barat. Caranya
label botol minuman ditanggalkan dan di’scan’. Selepas tu, digantikan maklumat
label di botol tu dengan nota dan formula. Label dicetak dan ditampalkan semula
di botol minuman. Tapi di Malaysia, selalunya pelajar diarahkan meletakkan
botol minuman di lantai sebelah meja mereka.
#11: Label botol minuman 2
Cara menggunakan label botol minuman yang kedua ni
lebih mudah. Untuk ini mesti menggunakan botol transparent. Label botol minuman
ditanggalkan dan bahagian belakang label ditulis dengan nota atau formula.
Kemudian label dilekatkan semula pada botol. Kalau tengok, memang boleh
nampak tulisan belakang label tu sebab botol tu transparent.
#12: Guna tisu atau sapu tangan
Tisu dan sapu tangan ni merupakan medium yang
paling senang nak guna masa exam. Sedikit nota atau formula ditulis pada tisu
dan sapu tangan tu dan digunakan untuk lap apa-apa yang patut masa peperiksaan.
Bila nak tengok balik nota tu, buat-buat la lipat sapu tangan tu. So, boleh
check if ada yang bawa sapu tangan semasa peperiksaan.
#13: Cikgu, nak pergi toilet..
Okay, yang ini memang cara paling selesa untuk
meniru. Jangan terkejut kalau ada yang jumpa nota di toilet semasa musim
peperiksaan. Mestilah nak meniru jawapan namanya tu. Paling senang, jangan beri
pelajar ke tandas semasa peperiksaan walaupun kedengaran agak kejam.
#14: Tulisan braille buatan sendiri
Ini bukan untuk pelajar kurang upaya tapi merupakan
salah satu cara untuk meniru. Caranya dua kertas diletakkan bertindih dan nota
atau formula ditulis dengan menekan kuat masa pada kertas bahagian atas.
Bawa kertas yang di bawah tu semasa peperiksaan sebagai alas jawapan. Memang
nampak kosong tapi sebenarnya boleh nampak formula yang ditulis tadi. Macam
tulisan braille pula kan?
#15: Guna getah lebar
Cara ni dilakukan dengan meregangkan getah tu dan
menulis nota atau formula atas getah yang diregangkan tu. Bila siap tulis,
getah dilepaskan ke keadaan asal. Memang tak nampak apa-apa nota pun bila dah
dilepaskan.
Ingat PESAN cikgu ni k..!!
Kredit KAT SINI!