PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Mohd. Ashraf tukar Jantina. Show all posts
Showing posts with label Mohd. Ashraf tukar Jantina. Show all posts

Betol-betol Hangat! Kemalangan di Ayer Keroh

Oleh Kaki Wayang on

 
Bukan apa..aku ni baru je bvalik dari Ayer Keroh, Melaka untuk menghadiri Pertandingan Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris..bila baca paper hari ni terbaca pula pasal kemalangan kat Sungai Ayer Keroh Lama..Alhamdulillah kami selamat tiba di Politeknik Muadzam Shah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku..

Gambar di atas menunjukkan anggota Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan selepas kereta yang melalui Jalan Bukit Beruang-Ayer Keroh terjunam di Sungai Ayer Keroh Lama kira-kira jam 9.25 pagi di Melaka, hari ini. Mangsa mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

P/s: Kepada sesiapa pun termasuk kengkawan dan pembaca Blog BBH ni...mintak-mintak korang hati-hati jelah yer kalau nak balik kampung..jangan sampai terjadi pula kejadian seperti ini..kembali anda ke kampung adalah untuk dirai..bukannya untuk ditangisi..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kemalangan di Ayer Keroh

Betol-betol Sedih! Baju kurung merah jambu jadi kenangan

Oleh Kaki Wayang on

MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan 

Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah. 

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

"Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci. 

“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri. Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.

Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.

P/s: Baca Berita Harian pagi ni..serius BBH terkejut..semoga rohnya dicucuri rahmat..janganlah kita cuba untuk menghina dan mencercanya sekali lagi..
  
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Baju kurung merah jambu jadi kenangan

Betol-betol Hangat! Siapa gadis misteri ini?

Oleh Kaki Wayang on

Tajuk entri misteri tapi aku rasa satu Malaysia dah tahu kot siapa yang aku maksudkan ini..Inilah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz..bila tengok gambar ni persis seperti seorang gadis "tulen"..


Oklah aku tak nak amik tahu pasal kisahnya..cuma tadi baca paper Berita Harian..bila mendengar (membaca) luahan hati si gadis (jantan sebenarnya) rasa macam terpukul pula..rasa macam pedih sangat bila masyarakat menghina dia..sampaikan pada suatu ketika dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik..perghhhh sebak siottt...

http://www.nst.com.my/nst/articles/Ashraf__8217_sparentsreachoutforhelp/pixgal2 

Kemudian satu lagi kenyataannya kepada sidang media..yang mana beliau tidak akan sekali-kali berputus asa untuk mendapatkan apa yang diperjuangkannya..

Like it or not, I will follow through with my case until I have exhausted all legal avenues. People may wish that I could just shut up or die, but I just want to live a peaceful life.” — Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Siapa gadis misteri ini?

Betol-betol Bangang, Bengap dan Hangat! Keputusan Ashraf Tukar Ke Nama Wanita Julai Ini

Oleh Kaki Wayang on

Astaghfirullahalazim....Hanya itu lah yang Betol-betol Hangat! dapat katakan bila ada manusia seperti ini..mungkin aku tak layak untuk memberi nasihat..yelah..aku ni bukannya tergolong dalam ahli-ahli agama, para anbia, para syuhada' untuk menetapkan hukum Allah ke atas manusia seperti ini..tapi itu lah manusia akhir zaman..para pembaca sekalian pon pasti tahu membezakan yang mana buruk dan yang mana baik kan..

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu. 

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.

Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu. Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).

Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran. Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.

‘‘Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,’’ katanya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.

Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.

P/s: Kita sama-sama tengok jelah keputusannya nanti yer...aku pon baru tau sal berita ni..itupun Botak Kiut yang bagi tau kat aku suh tgok berita kat TV3 malam tadi..tapi tak berkesempatan nak tengok laaaa ..sedaplah nama baru dia tu...Aleesha Farhana Abd. Aziz..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang, Bengap dan Hangat! Keputusan Ashraf Tukar Ke Nama Wanita Julai Ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...