PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Nik Abdul Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Nik Abdul Aziz Nik Mat. Show all posts
Home » Posts filed under Nik Abdul Aziz Nik Mat
Betol-betol Keliru! Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?
Oleh Kaki Wayang on
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis
mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu'
sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha
UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat
kelak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz
dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama
'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan
kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk
menjalankan amanah tersebut.
"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu'
sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas
Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula
yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?
"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa
yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP
walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama
Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri
Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan
kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik
di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang
kononnya diperjuang parti tersebut.
Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan
'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya
menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas,
rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.
Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan
masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan
oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah
kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara
menyelesaikan masalah rakyat.
"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada
inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling
asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas
21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam
ceramah sahaja," katanya.