PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Nik Aziz terima wahyu. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz terima wahyu. Show all posts

Edisi Terkini! Nik Aziz Dianggap Sebagai Bapa Kafir - New Straits Times!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya, sama-samalah kita bertaubat agar taubat kita itu diterima oleh Allah S.W.T..semoga kesilapan dan kesalahan kita yang telah lalu diampunkan oleh Allah S.W.T..
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Nik Aziz Dianggap Sebagai Bapa Kafir - New Straits Times!

Edisi Hangat! Tidur Atas Riba Isteri...Cara Romantik Ala Nik Aziz

Oleh Kaki Wayang on

Tidur Atas Riba Isteri...Cara Romantik Ala Nik Aziz
Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.

“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Tidur Atas Riba Isteri...Cara Romantik Ala Nik Aziz

Betol-betol Keliru! Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?

Oleh Kaki Wayang on

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/nik_aziz1.jpg

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu' sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?
"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.

Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja," katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Keliru! Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...