PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Pegawai Tabung Haji didakwa. Show all posts
Showing posts with label Pegawai Tabung Haji didakwa. Show all posts
Home » Posts filed under Pegawai Tabung Haji didakwa
Edisi Sentap! Isu Haji Ekspress: 2 kakitangan TH didakwa!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang juruanalisis kanan di Jabatan Teknologi Maklumat Lembaga
Tabung Haji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga
tuduhan mengubah suai kandungan data jemaah haji di Lembaga Tabung Haji,
bagi melangkaui giliran mengerjakan ibadah haji, dua tahun lalu.
Sementara rakan sekerjanya, seorang kerani turut menghadapi dakwaan
menerima rasuah RM6,750 sebagai upah menolong menguruskan nama-nama
jemaah haji pada tahun 2010 yang tidak layak menunaikan haji.
Juruanalisis, Afizul Md. Yasin, 34, dan kerani, Roslan Mohamed Som,
47, masing-masing mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan yang
dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Afizul didakwa menggunakan komputer yang didaftarkan dengan model
Elite Book 6930p membuat capaian ke pangkalan data Tabung Haji dan
memasukkan rekod jemaah haji dengan menggunakan program khas Win SQL
tanpa kuasa.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya sedangkan dia mengetahui bahawa ia
akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji
untuk syarikat itu.
Afizul didakwa melakukan perbuatan itu pada tiga waktu berbeza iaitu
antara pukul 11 malam dan 11.30 malam pada 10 Jun 2010, antara pukul 2
petang dan 3.12 petang pada 12 Julai 2010 serta antara pukul 10.55 pagi
dan 11.20 pagi pada 14 Julai 2010.
Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa dilakukan di tingkat 13, Jabatan
Teknologi Maklumat Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah
Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama.
Sementara Roslan yang bertugas di bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan Tabung Haji pula didakwa menerima suapan RM6,750 daripada
Samsudin Ibrahim sebagai upah menolong melayakkan jemaah haji yang tidak
layak menunaikan haji pada 2010 supaya dapat menunaikan ibadat itu pada
tahun tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 3.30 petang dan 4
petang, 15 Julai 2010 di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima
kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih
tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Zulqarnain Hassan mencadangkan jaminan RM300,000 bagi setiap
tertuduh atas alasan ia merupakan kes yang serius memandangkan nama
kesemua 27 jemaah haji telah berjaya dimasukkan dalam senarai jemaah
yang pergi ke Mekah pada 2010.
Menurut beliau, perbuatan kedua-dua tertuduh telah mencemarkan nama baik Tabung Haji.
Afizul ketika merayu jumlah jaminan yang lebih rendah mendakwa dia
menyara keperluan seorang isteri, empat anak, bekas isteri dan seorang
anak dengan isteri pertamanya.
Roslan pula menyatakan, dia menyara dua anak dan seorang isteri yang mempunyai sakit mental.
Rozilah membenarkan mereka berdua dijamin RM20,000 setiap seorang dan
mengarahkan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah
sebagai syarat jaminan sehingga kes selesai.
Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 23 Februari ini bagi
memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam bela serta penyerahan
dokumen berhubung pertuduhan.
Kedua-dua tertuduh dilepaskan selepas membayar jaminan masing-masing.
Kedua-dua tertuduh didakwa di mahkamah tidak sampai seminggu selepas Utusan Malaysia menyiarkan laporan sindiket 'haji ekspres' dalam satu pendedahan eksklusif akhbar itu pada Sabtu lalu.
Menurut laporan itu, sindiket tersebut yang dianggotai oleh pegawai
Tabung Haji dan beberapa bekas kakitangannya telah dikesan beroperasi
sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai menunaikan haji lebih awal
daripada jadual yang ditetapkan.
Edisi Amekaw! Dua pegawai TH terlibat Haji Ekspress didakwa hari ini
Oleh Kaki Wayang on
Dua pegawai Lembaga Tabung Haji yang dipercayai terlibat dalam
sindiket melangkau giliran menunaikan haji atau 'haji ekspres' dijangka
didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini esok. Kedua-duanya berusia 30-an dan 40-an itu akan didakwa di bawah
Seksyen 5(1) akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 17(a) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Menurut sumber, seorang daripadanya dikatakan telah membuat capaian
ke Pangkalan Data Tabung Haji dan memasukkan rekod jemaah haji
menggunakan program khas tanpa kuasa. Katanya, ia sekali gus menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji untuk Lembaga Tabung Haji.
"Seorang lagi didakwa telah secara rasuah menerima suapan sebagai
upah untuk menguruskan nama-nama jemaah haji yang tidak layak menunaikan
haji pada 2010," kata sumber itu.
Difahamkan, tarikh pendakwaan kes itu telah dipercepatkan selepas isu tersebut mendapat perhatian ramai. Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan satu sindiket haji
ekspres dikesan beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai
melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.
Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai Tabung Haji
dan beberapa bekas kakitangannya. Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan
pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi
membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada
jadual.