PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label rukun haji. Show all posts
Showing posts with label rukun haji. Show all posts

Edisi Sentap! Isu Haji Ekspress: 2 kakitangan TH didakwa!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang juruanalisis kanan di Jabatan Teknologi Maklumat Lembaga Tabung Haji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan mengubah suai kandungan data jemaah haji di Lembaga Tabung Haji, bagi melangkaui giliran mengerjakan ibadah haji, dua tahun lalu.

Sementara rakan sekerjanya, seorang kerani turut menghadapi dakwaan menerima rasuah RM6,750 sebagai upah menolong menguruskan nama-nama jemaah haji pada tahun 2010 yang tidak layak menunaikan haji.

Juruanalisis, Afizul Md. Yasin, 34, dan kerani, Roslan Mohamed Som, 47, masing-masing mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Afizul didakwa menggunakan komputer yang didaftarkan dengan model Elite Book 6930p membuat capaian ke pangkalan data Tabung Haji dan memasukkan rekod jemaah haji dengan menggunakan program khas Win SQL tanpa kuasa.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya sedangkan dia mengetahui bahawa ia akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji untuk syarikat itu.

Afizul didakwa melakukan perbuatan itu pada tiga waktu berbeza iaitu antara pukul 11 malam dan 11.30 malam pada 10 Jun 2010, antara pukul 2 petang dan 3.12 petang pada 12 Julai 2010 serta antara pukul 10.55 pagi dan 11.20 pagi pada 14 Julai 2010.

Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa dilakukan di tingkat 13, Jabatan Teknologi Maklumat Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama. 

Sementara Roslan yang bertugas di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Tabung Haji pula didakwa menerima suapan RM6,750 daripada Samsudin Ibrahim sebagai upah menolong melayakkan jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 supaya dapat menunaikan ibadat itu pada tahun tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 3.30 petang dan 4 petang, 15 Julai 2010 di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulqarnain Hassan mencadangkan jaminan RM300,000 bagi setiap tertuduh atas alasan ia merupakan kes yang serius memandangkan nama kesemua 27 jemaah haji telah berjaya dimasukkan dalam senarai jemaah yang pergi ke Mekah pada 2010.

Menurut beliau, perbuatan kedua-dua tertuduh telah mencemarkan nama baik Tabung Haji.

Afizul ketika merayu jumlah jaminan yang lebih rendah mendakwa dia menyara keperluan seorang isteri, empat anak, bekas isteri dan seorang anak dengan isteri pertamanya.

Roslan pula menyatakan, dia menyara dua anak dan seorang isteri yang mempunyai sakit mental.

Rozilah membenarkan mereka berdua dijamin RM20,000 setiap seorang dan mengarahkan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan sehingga kes selesai.

Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 23 Februari ini bagi memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam bela serta penyerahan dokumen berhubung pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan selepas membayar jaminan masing-masing.

Kedua-dua tertuduh didakwa di mahkamah tidak sampai seminggu selepas Utusan Malaysia menyiarkan laporan sindiket 'haji ekspres' dalam satu pendedahan eksklusif akhbar itu pada Sabtu lalu.

Menurut laporan itu, sindiket tersebut yang dianggotai oleh pegawai Tabung Haji dan beberapa bekas kakitangannya telah dikesan beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai menunaikan haji lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Isu Haji Ekspress: 2 kakitangan TH didakwa!

Edisi Siasat! Langkau giliran haji disiasat!

Oleh Kaki Wayang on

Tabung Haji sudah mengambil langkah proaktif dengan melantik profesional berkecuali bagi menyemak dan menambahbaik keseluruhan Sistem Maklumat Pengurusan Haji, kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail. 

Serentak itu, beliau menasihati bakal jemaah haji supaya tidak terpedaya dengan perkhidmatan melangkau giliran terutama sekali yang membabitkan pembayaran, dan meminta orang ramai melaporkan kepada Tabung Haji jika mendapat tawaran sedemikian. 
 
“Tabung Haji sentiasa berusaha untuk memperketatkan Sistem Maklumat Pengurusan Haji dan amat penting kepada Tabung Haji untuk mengenal pasti individu dan sindiket yang terbabit secara keseluruhan untuk memastikan pihak kami dapat melumpuhkan kegiatan tidak beretika ini.

“Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tabung Haji sedang bekerjasama dalam mengenal pasti individu terbabit dalam sindiket berkenaan, malah SPRM kini berusaha melengkapkan siasatan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau merujuk isu membabitkan sindiket melangkau giliran menunaikan haji dalam Sistem Maklumat Pengurusan Haji seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Ismee berkata, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, mengesahkan bahawa satu siasatan sudah dijalankan oleh pihaknya berdasarkan maklumat yang diterima daripada Tabung Haji.

“SPRM juga meneliti sistem maklumat yang digunakan ketika ini. Perkara berkenaan turut disahkan oleh Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Shaharudin Khalid yang menegaskan bahawa kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

“Ia bagi membolehkan penelitian menyeluruh ke atas sistem maklumat pengurusan haji yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, Sistem Maklumat Pengurusan Haji ketika ini memberi penekanan kepada keselamatan aras kelulusan dan capaian pengguna, proses aliran kerja dan laporan peringatan berkala.
Sila baca selanjutnyaEdisi Siasat! Langkau giliran haji disiasat!

Betol-betol Insaf! Aidiladha mengajarku erti hidup!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Semoga ceria, sihat dan sejahtera hendaknya..

Salam Aidiladha Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T..dengan kurniaannya dapat kita hidup untuk sehari lagi dibumi yang dipinjamkan olehNya kepada kita semua..

http://berkatrezeki.com/blog/wp-content/uploads/2010/11/kota-mekah.jpg

Pada ketika ini, umat Islam kini berhimpun di bumi Mekah, menjadi tetamu Allah S.W.T bagi menunaikan Ibadah Haji yang diimpikan oleh semua umat Islam di muka bumi ini..bukan senang kita nak ke sana..bukan semua manusia mampu untuk ke sana..bukan semua manusia mampu mengikuti rukun-rukun haji agar ibadah mereka diterima Allah S.W.T dan mendapat Haji Mabrur..dan berapa ramai manusia yang sudah menunaikannya tidak berubah apabila kembali ke tanahair..

Berapa ramai manusia yang bergelar “Hajjah” namun sekembalinya ke Malaysia tidak mampu “istiqamah” dengan apa yang mereka pelajari dan hadapi selama 40-45 hari berada di RUMAH ALLAH S.W.T..yakni mereka hanya bertudung di sana..dan kemudiannya tidak bertudung sekembalinya ke tanahair..

Berapa ramai manusia yang bergelar “Haji” hanya mahu mendapatkan pangkat Haji itu untuk bermegah-megah..pantang orang sebut namanya salah..semuanya nak kena letak HAJI pada namanya..berapa ramai manusia yang datang ke Mekah bertujuan untuk melancong..ibadahnya sekadar cukup makan..tetapi kembali ke kampong halaman..mak aihh! Kalau boleh 1 kapal terbang tu nak dimuatkan barang-barang yang dibelinya di Mekah..

Berapa ramai manusia yang bergelar Haji gagal menjadi manusia yang baik..berapa ramai manusia yang bergelar Hajjah gagal menjadi seorang wanita yang berjaya dalam hidupnya..Berapa ramai manusia yang sepatutnya pergimenunaikan haji tempat mereka digantikan dengan manusia yang mensia-siakan peluang bertemu dengan Allah S.W.T..

Alangkah baiknya kalau aku berada di sana..alangkah indahnya hidup ku kalau aku mampu sampai ke sana dan menunaikan ibadah haji dengan sempurna..alangkah indahnya hidup seandainya hadiah yang aku dapat adalah..Haji Mabrur!
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Aidiladha mengajarku erti hidup!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...