PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Raja Azmi heret 3 individu. Show all posts
Showing posts with label Raja Azmi heret 3 individu. Show all posts

Betol-betol Panas! Khalwat: Raja Azmi mahu heret 3 individu ke mahkamah

Oleh Kaki Wayang on

 
Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 52 akan mengheret tiga individu ke mahkamah yang didakwanya terbabit dalam menjalani konspirasi fitnah berhubung kes tuduhan khalwat terhadap dirinya bersama bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 36. Tindakan itu timbul selepas keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang membebaskan mereka daripada tuduhan itu pada 19 Ogos lalu.

Bercakap kepada pihak media sempena sidang media berkenaan di Hotel Concorde petang semalam, Raja Azmi berkata, salah seorang daripada individu yang akan diheret itu ialah bekas isteri Roslin sendiri, Norhayati Othman kerana disyaki terbabit dalam konspirasi memfitnah dia dengan Roslin. Manakala dua lagi yang didakwa terbabit ialah salah seorang anggota keluarga terdekat kepada suaminya yang juga lagenda badminton negara, Jalani Sidek dan seorang tokoh bergelar Dato'.

Menurut pengarah ... Dalam Botol itu, dia mempunyai semua bukti untuk mengaitkan ketiga-tiga individu berkenaan berpakat memfitnah dan memburukan namanya dan seisi keluarga.

"Saya mengambil tindakan ini demi anak dan cucu saya. Saya tidak mahu suatu hari nanti cucu saya membuka internet dan mendapati neneknya pernah ditangkap khalwat.

"Justeru itu, selepas tindakan saman itu, saya akan mendapatkan perintah mahkamah supaya semua artikel mengenai kes khalwat saya dengan Roslin dipadamkan di internet," katanya dengan deraian air mata.

Raja Azmi yang gagal menahan sebak setiap kali menceritakan apa yang berlaku berkata, dia bagaimanapun bersedia memaafkan pihak yang menganiayanya sekiranya pihak terbabit sanggup mengakui kesilapan mereka secara terbuka.

"Saya perlu mengheret mereka ke mahkamah supaya permohonan menarik artikel yang disiarkan di internet dapat dipadamkan. "Saya bersedia untuk melaluinya (proses mahkamah) sekali lagi demi cucu saya dan demi maruah keluarga saya," katanya.

Selain Raja Azmi, sidang media berkenaan turut dihadiri suaminya, Jalani Sidek, Roslin Hashim, peguam mereka Roslizam Rahim dan juga beberapa orang saksi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes berkenaan. Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jalani di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang, bernombor 533, di sini, sekitar jam 8.30 malam.

Pada April lalu Norhayati telah membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Sementara itu, Roslin mengakui sehingga hari ini dia berasa tertekan dengan kejadian itu, apatah lagi telah menyebabkan hubungannya dengan keluarga terdekat turut berantakan.

"Selepas kes khalwat ini, baru saya nampak siapa sebenarnya dia (Norhayati)," kata Roslin berhubung siapa dalang terhadap tuduhan khalwatnya.

Roslin mendakwa dia tidak pernah menyangka bekas isterinya itu sanggup berkomplot dengan dua lagi individu untuk memfitnah dia dengan Raja Azmi dengan motif tertentu.

"Ketika di dalam mahkamah terhadap pengesahan lafaz cerai saya, baru saya sedar ada orang mengekori saya sebelum ini kerana segala pergerakan saya diketahui dan didedahkan. "Disebabkan kes khalwat itu juga, keluarga saya seolah-oleh makin menjauhkan diri tetapi saya sedar ujian ini ada hikmahnya. Perkara ini terbukti selepas saya dan Raja Azmi dibebaskan dari tuduhan khalwat," katanya tenang.

Sementara itu peguam mereka, Roslizam berkata, pihaknya sudahpun mendapat kenyataan lisan daripada pihak Jawi pada Isnin lepas yang membebaskan mereka dari sebarang tuduhan berkhalwat. Bagaimanapun dia masih menunggu kenyataan bertulis daripada jabatan berkenaan dalam masa terdekat.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Panas! Khalwat: Raja Azmi mahu heret 3 individu ke mahkamah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...