-
Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
-
Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
-
Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
-
Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
-
Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Ramuan Coca Cola. Show all posts
Showing posts with label Ramuan Coca Cola. Show all posts
Home » Posts filed under Ramuan Coca Cola
Edisi Fatwa! Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan!
Oleh Kaki Wayang on
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh
pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti
Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah
diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan
ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan
seperti berikut:
Edisi Sentap! Selepas 125 Tahun Baru Tahu Coca Cola ada Alcohol!
Oleh Kaki Wayang on
Wah selama ni tak tahu pun..even tak pernah baca pun apa yang ada kat tin coke tu..lagipun rasanya Mystery MIX ni tak pernah pun wujud atau dikeluarkan..dan kini baru tahu yang selepas 125 tahun formula rahsia coke salah satunya adalah ALKOHOL!!!!
So, dah tahu ni..pas ni masih nak minum lagi ke wahai peminat coke yang tegar-tegar belaka..