PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Sindiket jual bayi. Show all posts
Showing posts with label Sindiket jual bayi. Show all posts
Home » Posts filed under Sindiket jual bayi
Edisi Sentap! Sindiket Jual Bayi: Lebih cerah kulit lebih mahal!
Oleh Kaki Wayang on
Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.
"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini
semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi
terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit
Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.
Beliau turut berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.
"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen
pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.
Abdul Jalil menjelaskan, kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur
satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam
tahun turut dijual.
"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan
kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi
menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.