PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Sukan Sea 2011. Show all posts
Showing posts with label Sukan Sea 2011. Show all posts

Edisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!

Oleh Kaki Wayang on

 

Jurulatih skuad Garuda, Rahmad Darmawan meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana pasukannya gagal meraih pingat emas acara bola sepak setelah kalah kepada Malaysia pada perlawanan akhir, kelmarin. Rahmad akur dengan kekalahan 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Utama Gelora Bung Karno walaupun pemain-pemainnya telah memberikan aksi yang terbaik.

"Kepada media semua, sampaikan permintaan maaf saya kepada seluruh rakyat Indonesia kerana gagal menjadi juara (bola sepak Sukan SEA XXVI).

"Hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.
Perlawanan akhir kelmarin terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan masih terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Rahmad mengakui kekalahan mereka kelmarin turut disebabkan gagal menandingi beberapa pemain Malaysia yang ternyata lebih berpengalaman berbanding pemain pasukannya.

"Malaysia memiliki pemain yang berpengalaman beraksi di sini (ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF) terutama di bahagian pertahanan.

"Penjaga gol mereka (Khairul Fahmi Che Mat) juga cukup bersedia ketika permainan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti.

"Dengan kekalahan ini saya mengakui gagal mencapai pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!

Edisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!

Oleh Kaki Wayang on


Jakarta seolah-olah 'berkabung' meratapi kekalahan skuad Garuda kepada Harimau Muda pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI di Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin. Suasana di sekitar bandar raya ini semalam, iaitu sehari selepas kekalahan 3-4 Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti kepada Malaysia, bertukar suram berbanding sebelum ini.

Jika dua minggu lalu ketika acara bola sepak Sukan SEA di peringkat awal saingan, suasana bandar raya ini meriah dan berpesta dengan kehadiran kumpulan penyokong Indonesia yang berbaju merah, namun semalam segala-galanya berubah. Tiada lagi kelibat kumpulan penyokong fanatik Garuda di sekitar bandar raya ini.

Suasana di sekitaran stadium juga lengang, bukan sahaja kerana acara bola sepak sudah berakhir, tetapi peminat seperti tidak mahu lagi memandang gelanggang yang menghampakan harapan mereka untuk memenangi emas Sukan SEA selepas menantinya selama 20 tahun.

Kaki-kaki bola juga seperti enggan lagi mengingatkan saat perit tewas kepada 'musuh abadi' 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti. Seorang peminat bola sepak yang hanya mahu dikenali sebagai Yanto berkata, dia masih merasa kecewa kerana kekalahan pasukannya kelmarin.

Menurutnya, kekalahan kelmarin bukan sahaja mengecewakan penonton yang hadir ke perlawanan akhir tetapi turut dirasai mereka yang menontonnya di kediaman dan luar stadium.

"Bola sepak merupakan sukan No. 1 di sini. Kami memang mengharapkan kemenangan dalam acara ini.

"Final kelmarin lebih menarik dan mendebarkan kerana kami berdepan Malaysia, tetapi akhirnya kami kalah. "Sudah tentu kekalahan itu mempengaruhi mood kami hari ini. Namun, tiada apa yang mampu kami lakukan, mahu atau tidak kami terpaksa menerima keputusan ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!

Edisi Sentap! Indonesia akur kekalahan bola!

Oleh Kaki Wayang on


Apalah makna menjuarai keseluruhan Sukan SEA andainya gagal menebus kekalahan pada acara bola sepak, acara yang disifatkan sebagai 'ibu segala acara sukan'.

Sebagai tuan rumah kejohanan sukan terbesar Asia Tenggara edisi ke-26, Indonesia tidak ada pilihan lain selain daripada akur menerima keputusan kekalahan mereka pada Malaysia dalam acara bola sepak.
Sudah dua dekad, Indonesia menanti peluang untuk menewaskan Malaysia dalam acara yang sangat popular dan amat signifikan dalam gelanggang Sukan SEA.

Kali terakhir Indonesia membawa pulang pingat emas ialah pada tahun 1991 ketika beraksi di Manila, Filipina.

Kekecewaan itu dapat dilihat menerusi laporan akhbar tempatan hari ini yang sebilangan besarnya menyiarkan laporan mengenai kegagalan Garuda Muda di muka depannya.

Kalau sebelum perlawanan bermula, Malaysia menjadi mangsa provokasi dengan pelbagai label dan kritikan kurang manis dilaporkan di media tempatan. Hari ini, kekalahan di padang sendiri biarpun pahit untuk ditelan namun ia terpaksa diterima dengan hati yang terbuka.

Akhbar Jakarta Globe pada muka depannya jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan menyiarkan betapa Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan pada Malaysia.

Dengan tajuk laporan Heartbreak Again for Merah Putih (Merah Putih sekali lagi patah hati), akhbar itu berkata, stadium Gelora Bung Karno sepi sebaik penjaga gawang Garuda Muda, Kurnia Meiga gagal menahan jaringan ketua pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar pada sepakan penalti terakhir.

"Saya fikir ia akan menjadi lebih mudah kepada Indonesia apabila kami menjaringkan gol pertama, tetapi hal yang berbeza berlaku sebaliknya," komen jurulatih pasukan Indonesia, Rahmad Darmawan dalam nada kecewa seperti dipetik akhbar itu.

Pada pada masa, Rahmad, mengakui, pasukan bola sepak Malaysia berhak membawa pulang pingat emas untuk acara bola sepak kerana Harimau Muda beraksi cemerlang.

"Malaysia merupakan pasukan yang cemerlang secara keseluruhannya dan mereka layak membawa pulang pingat emas.Saya ingin memohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak Indonesia," katanya lagi.

Rahmad turut memberi pujian pada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang ternyata cukup tangkas dan bijak menjaga gawang.

"Kita (Indonesia) sudah bersedia dari aspek teknikal dan mental tetapi penjaga gol Malaysia sangat bersedia menerima sepakan penalti.

"Sedangkan saya terpaksa memaksa beberapa pemain saya untuk mengambil sepakan penalti. Saya juga jelaskan kepada mereka, walau apa sekalipun keputusan, saya akan bertanggungjawab," jelas Rahmad sambil memberitahu hanya tiga pemainnya yang bersedia mengambil tendangan penalti.

Rumusan akhbar The Jakarta Post edisi hari ini pada muka depannya pula berkata, perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Sukan SEA itu berlangsung dalam suasana penuh emosi.

Ini kerana, perlawanan itu diadakan ketika hubungan kedua-dua negara sering diuji dengan pelbagai isu termasuk isu perbatasan, pembantu rumah dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan.

Berdasarkan rekod, Malaysia dan Indonesia sudah berhadapan sebanyak 13 kali di Sukan SEA. Biarpun Indonesia tewas kepada Malaysia, namun pasukan negara itu turut mendapat pujian daripada beberapa media lain dengan menyifatkan Garuda Muda sudah berjuang habis-habisan.

Akhbar Kompas pada muka depannya melaporkan, pasukan tempatan telah menunjukkan semangat juang yang membanggakan Indonesia. Pertemuan Indonesia dengan Malaysia dalam acara bola sepak merupakan satu hal yang amat penting bagi pencinta sukan negara ini.

Kepada sebilangan besar rakyat Indonesia, bertemu Malaysia merupakan 'perlawanan sebenar' dan dijadikan sebagai garis ukur kehebatan pasukan bola sepak kebangsaan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Indonesia akur kekalahan bola!

Edisi Sukan! Cai Lin layak ke Sukan Olimpik

Oleh Kaki Wayang on



Perenang wanita negara, Khoo Cai Lin berjaya menempah tiket ke temasya Sukan Olimpik London 2012 dalam acara 400m gaya bebas selepas melepasi masa kelayakan di Sukan SEA ke-26 di sini malam ini.

Di Pusat Akuatik Jakabaring di sini, Cai Lin menggondol pingat perak dengan catatan masa empat minit 16.54 saat, sekali gus mengatasi masa kelayakan Sukan Olimpik kategori B iaitu 4:18.75s.

Ini merupakan aksi kali kedua bagi perenang berusia 23 tahun itu pada temasya Sukan Olimpik selepas mengambil dalam acara 400m dan 800m gaya bebas pada Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

"Saya bangga dengan keputusan ini dan inilah yang saya inginkan," katanya.

Sebelum ini, Cai Lin sudah layak ke Sukan Olimpik London dalam acara 800m gaya bebas di bawah kategori B apabila mencatatkan masa 8:49.28s pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-54 pada Mei lalu.

Catatan masa itu telah mengatasi masa kelayakan kategori B iaitu 8:51.82s. Mengenai pencapaian pingat perak di sini, Cai Lin berkata beliau bangga kerana rekod Sukan SEA yang dipegangnya iaitu 4:10.75s yang dicipta pada edisi lepas di Laos pada 2009 masih kekal.

Selain Cai Lin, skuad renang wanita negara turut menyumbang sebutir lagi pingat perak menerusi Chan Kah Yan dalam acara 50m kuak lentang.

Beliau mencatatkan masa 29.55s, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya iaitu 29.70s. Pingat emas acara itu dimenangi oleh perenang Singapura Shana Lim dengan masa 29.37s manakala perenang Filipina, Dorothy Grace Hong, membawa pulang pingat gangsa dengan catatan masa 29.96s.

Dalam pada itu, skuad lelaki 4x400m gaya bebas - Foo Jian Beng, Kevin Yeap, Vernon Lee dan Lim Ching Hwang - dibatalkan penyertaan selepas memulakan pertandingan lebih awal daripada isyarat lepas.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Cai Lin layak ke Sukan Olimpik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...