McNicholl juga menderita retak tengkorak, rahang, hidung dan tiga rusuknya patah, selain kesan melecur pada tangan akibat ditekap dengan seterika panas oleh teman wanitanya yang hanya mempunyai ketinggian 1.5 meter. Tidak cukup dengan itu, McNicholl juga diseksa dengan puntung rokok pada hidungnya kerana disyaki bercinta dengan wanita lain.
Michelle kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan ke atas McNicholl. Dalam satu kejadian, Michelle, 34, mencurah dua cerek air mendidih ke atas McNicholl dan pernah menyerang teman lelakinya itu dengan pencuci hampa gas. Bersedia menjalani pembedahan kosmetik, McNicholl berkata dia mula disyaki berlaku curang di antara sambutan Krismas dan tahun baru pada 2006.
“Ketika itu Michelle mencederakan saya kali pertama dengan menumbuk muka sehingga menyebabkan mata saya lebam,” katanya.
“Ketika saya menjerit kesakitan, Michelle mengisi semula cerek berkenaan, memanaskan air dan mencurahnya untuk kali kedua,” katanya.
McNicholl berkata, Michelle juga suka menunjuk-nunjuk kesan kecederaan dialami kepada rakannya. Ditanya mengapa dia tidak cuba melarikan diri, McNicholl berkata, dia takut kerana Michelle pernah mendakwa keluarganya terbabit dalam kegiatan jenayah dan tidak teragak-agak membunuhnya. Sejurus sebelum ditahan polis, Michelle sempat menyerang McNicholl dengan batang besi dan tukul besi dalam kejadian selama hampir tujuh jam. Michelle ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pihak tidak dikenali.