PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Tony Fernandes beli QPR. Show all posts
Showing posts with label Tony Fernandes beli QPR. Show all posts
Home » Posts filed under Tony Fernandes beli QPR
Betol-betol Hangat! Benarkan pemain kita ke QPR?
Oleh Kaki Wayang on
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) mengingatkan Tan Sri Tony Fernandes tidak melupakan bola sepak negara ini sekalipun akur bahawa pembelian Queens Park Rangers (QPR) merupakan hak teraju bersama syarikat induk penerbangan AirAsia itu.
Menganggapnya sebagai satu sumbangan besar kepada sukan sambil mengucapkan tahniah, Tengku Abdullah turut menyarankan supaya Fernandes membuka peluang kepada pendedahan pemain Malaysia dalam perlawanan, kem latihan mahupun akademi QPR sendiri.
Malah, Sabtu lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, dalam kerjasama mereka setakat ini, AirAsia sekadar memberikan diskaun tambang penerbangan kepada pasukan Liga Malaysia yang dianggap tidak membawa kesan yang begitu besar kepada kemajuan bola sepak negara.
"Saya sedar untuk membawa masuk pemain kebangsaan kita bermain dengan sebuah kelab berprestij seperti QPR dalam EPL cukup sukar kerana peraturan ketat negara Kesatuan Eropah (EU) selain ranking dunia pasukan senior kita yang masih jauh di luar syarat mereka (perlu berada bawah 100 dalam senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Terpulang kepada mereka (Fernandes dan Kamarudin Meranun) untuk menimbangkannya kerana kelab itu hak mereka tetapi kalau dapatlah diselitkan mana-mana peluang buat pemain kita dan jika FAM dipelawa, tentu banyak yang dapat dicapai oleh bola sepak Malaysia.
"Kami pun bukan mahukan yang terlalu besar, kalau ada peluang buat pemain Harimau Muda atau skuad belia lain dalam liga divisyen tiga mereka pun sudah memadai," katanya.
Tengku Abdullah yang juga Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengulas penguasaan 66 peratus kepentingan kelab itu yang dilaporkan bernilai 35 juta pound (RM172 juta) oleh Fernandes, 47, sekali gus menjadikan pemilik AirAsia, penerbangan tambang rendah Malaysia itu sebagai pengerusi baru dan Kamarudin menjadi ahli lembaga pengarah kelab QPR.
Pembelian kelab bola sepak England itu, Khamis lalu merupakan yang kedua dilakukan oleh warga Malaysia selepas seorang ahli perniagaan, Datuk Chan Tien Ghee ke atas Cardiff City yang bermain dalam Liga Kejuaraan negara itu pada tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah membeli sebuah lagi kelab EPL, Manchester City pada 2007 yang membolehkan tiga pemain negara Gajah Putih itu, Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda dibawa berlatih di The Citizens oleh bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson.