PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Airasia penaja rasmi kad merah EPL. Show all posts
Showing posts with label Airasia penaja rasmi kad merah EPL. Show all posts
Home » Posts filed under Airasia penaja rasmi kad merah EPL
Edisi Terkini! Firefly Kenakan Surcaj Bahan Api!
Oleh Kaki Wayang on
Syarikat penerbangan komuniti, Firefly akan
memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi tempahan penerbangan yang dibuat
dari 21 Mac ini bagi mengimbangi harga bahan api jet yang tinggi secara
berterusan.
Ketua Pegawai Operasi Firefly dan Penerbangan
Jarak Dekat Malaysia Airlines, Ignatius M.C. Ong berkata, surcaj bahan api RM10
akan dikenakan bagi perjalanan domestik untuk setiap laluan manakala RM20
dikenakan untuk laluan serantau.
Bagaimanapun, kesemua tempahan penerbangan yang
dilakukan sebelum 21 Mac tidak akan dikenakan surcaj itu.
Betol-betol Hangat! Benarkan pemain kita ke QPR?
Oleh Kaki Wayang on
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) mengingatkan Tan Sri Tony Fernandes tidak melupakan bola sepak negara ini sekalipun akur bahawa pembelian Queens Park Rangers (QPR) merupakan hak teraju bersama syarikat induk penerbangan AirAsia itu.
Menganggapnya sebagai satu sumbangan besar kepada sukan sambil mengucapkan tahniah, Tengku Abdullah turut menyarankan supaya Fernandes membuka peluang kepada pendedahan pemain Malaysia dalam perlawanan, kem latihan mahupun akademi QPR sendiri.
Malah, Sabtu lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, dalam kerjasama mereka setakat ini, AirAsia sekadar memberikan diskaun tambang penerbangan kepada pasukan Liga Malaysia yang dianggap tidak membawa kesan yang begitu besar kepada kemajuan bola sepak negara.
"Saya sedar untuk membawa masuk pemain kebangsaan kita bermain dengan sebuah kelab berprestij seperti QPR dalam EPL cukup sukar kerana peraturan ketat negara Kesatuan Eropah (EU) selain ranking dunia pasukan senior kita yang masih jauh di luar syarat mereka (perlu berada bawah 100 dalam senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Terpulang kepada mereka (Fernandes dan Kamarudin Meranun) untuk menimbangkannya kerana kelab itu hak mereka tetapi kalau dapatlah diselitkan mana-mana peluang buat pemain kita dan jika FAM dipelawa, tentu banyak yang dapat dicapai oleh bola sepak Malaysia.
"Kami pun bukan mahukan yang terlalu besar, kalau ada peluang buat pemain Harimau Muda atau skuad belia lain dalam liga divisyen tiga mereka pun sudah memadai," katanya.
Tengku Abdullah yang juga Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengulas penguasaan 66 peratus kepentingan kelab itu yang dilaporkan bernilai 35 juta pound (RM172 juta) oleh Fernandes, 47, sekali gus menjadikan pemilik AirAsia, penerbangan tambang rendah Malaysia itu sebagai pengerusi baru dan Kamarudin menjadi ahli lembaga pengarah kelab QPR.
Pembelian kelab bola sepak England itu, Khamis lalu merupakan yang kedua dilakukan oleh warga Malaysia selepas seorang ahli perniagaan, Datuk Chan Tien Ghee ke atas Cardiff City yang bermain dalam Liga Kejuaraan negara itu pada tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah membeli sebuah lagi kelab EPL, Manchester City pada 2007 yang membolehkan tiga pemain negara Gajah Putih itu, Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda dibawa berlatih di The Citizens oleh bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson.
Betol-betol Hangat! AirAsia buka ‘universiti penerbangan’
Oleh Kaki Wayang on
AIRASIA Bhd, menerusi usaha sama barunya dengan CAE, menyasarkan untuk menambah enam simulator baru menjadikan 12 simulator kesemuanya menjelang 2015 membabitkan kos kira-kira RM30 juta (AS$10 juta) sebuah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, simulator itu akan digunakan di pusat latihan penerbangan baru syarikat berkenaan yang akan dibuka menerusi usaha sama terbabit.
“Pusat ini akan menawarkan latihan bertaraf dunia, menggunakan modul moden dan kemudahan latihan terkini yang setanding serta kos efektif berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat. “Matlamat kami untuk menjadikan pusat itu sebagai ‘universiti penerbangan’ terunggul di Asia,” katanya selepas memeterai perjanjian usaha sama itu di Akademi AirAsia di Sepang, semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, penubuhan pusat latihan itu akan menyumbang secara positif terhadap pelan perluasan AirAsia dengan menyediakan kakitangan berkemahiran tinggi. Katanya, kemudahan itu menyediakan perkhidmatan latihan juruterbang, atendan penerbangan, jurutera, petugas perkhidmatan dan pengurusan penerbangan AirAsia serta syarikat penerbangan lain.
Latihan juruterbang akan bermula pada 1 Julai depan manakala program lain mulai 1 Oktober.
P/s: Wah bestnya kan ada universiti penerbangan..mesti ramai yang nak masuk jadi pelajar..kalau Betol-betol Hangat! diberi peluang dah tentu BBH nak jadi salah seorang pelajarnya..dulu masa kecik-kecik penah terfikir nak jadi pilot..
Betol-betol Hangat! Dapat kad merah, kena potong gaji
Oleh Kaki Wayang on
Wah hebatlah peraturan baru ni..tapi peraturan ni bukan semua pasukan bolasepak kat Malaysia k..hanya untuk pemain Terengganu dan pasukan T-Team sahaja..PEMAIN Terengganu dan T-Team yang dilayangkan kad merah dalam setiap perlawanan bakal berdepan hukuman tegas apabila gaji serta bonus mereka akan dipotong..
Lepas ni Betol-betol Hangat! percaya akan ramai lagi yang bermain bolasepak secara berdisiplin..memag pon kan..kalau mai bola tu janganlah sampai bentes pasukan lawan sampai dia kakinya patah..tu bukan main secara sihat dah tu..dengan adanya peraturan ni..kompom pemain akan lebih berdisiplin..dan sudah sepatutnya semua pasukan bolasepak kat Malaysia ni melaksanakan peraturan tegas ini...