PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Zaliyah Asmara. Show all posts
Showing posts with label Zaliyah Asmara. Show all posts
Home » Posts filed under Zaliyah Asmara
Edisi Sentap! Terlalu Bebas Hingga Berasmara Di Tepi Jalan!
Oleh Kaki Wayang on
Sepasang kekasih ini dikatakan terlalu
obses dengan hak kebebasan manusia untuk meluahkan perasaan sehingga
tergamak mencetus kontroversi apabila berasmara di dalam keadaan separa
bogel di tepi kakil lima yang penuh sesak dengan orang ramai. Itu di barat dan bagaimana pula dengan negara kita?
Di Malaysia, kita mempunyai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang
memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti Suara Rakyat Malaysia
(SUARAM), Suruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Human Rights
Watch dan banyak lagi.
Sebahagian dari mereka memang ikhlas memperjuangkan hak kebebasan
manusia dan ada pula sebahagian dari pertubuhan itu yang dikatakan
memperjuangkan sesuatu demi kepentingan politik pihak tertentu. Penulis enggan mengulas tentang politik dan lebih tertarik dengan
erti hak dan kebebasan manusia yang diperjuangkan NGO-NGO yang gemar
mencetus kontroversi di negara ini.
Misalnya, kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikritik teruk
oleh beberapa NGO hak asasi manusia kerana mengharamkan program
Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak serta kebebasan golongan
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.
Dalam konteks pemahaman NGO-NGO yang terbabit, golongan LGBT perlu
diberikan hak sebagai manusia untuk menyuarakan dan bebas mengamalkan
naluri kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka tanpa sebarang
diskriminasi dari sudut perundangan mahupun masyarakat. Pada penulis, kebebasan seperti ini seolah-olah meletakkan perilaku
kebebasan itu melebihi dari kebebasan yang dibenarkan menurut Islam.
Memang benar Islam adalah agama yang tidak memaksa dan memberikan kebebasan penuh kepada umat manusia.
Namun, perlu diingat bahawa Allah SWT telah memberi panduan melalui
RasulNya, Muhammad SAW untuk menyebarkan garisan dan batasan yang perlu
dipatuhi agar umat Islam tidak melampaui hukum hakam yang telah
ditetapkan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama. Persoalannya, apakah hak dan kebebasan yang dituntut NGO-NGO itu
bertepatan dengan kehendak Islam, budaya dan moral masyarakat di negara
ini.
Misalnya di kepulauan Canary, Spanyol, yang menyaksikan para
pelancong dibenarkan secara sah dari segi perundangan untuk berbogel di
tepi pantai kepulauan tersebut seperti di Fuerteventura, Corralejo,
Semenanjung Jandia, Lanzarote, Gran Canaria, Tenerife dan sebagainya. Sanggupkah kita menyaksikan Kak Limah, Nyonya Siew Lan, Makcik Munah,
Aci Letchumi, Pakcik Akob, dan Pak Nuar berbogel dan berenang-renang di
tepi pantai Chenang di Langkawi sambil menikmati ‘mandi matahari’?
Mahukah kita melihat budaya sebegitu menembusi sempadan negara kita
yang terkenal dengan amalan Islam, adat sopan, kesusilaan, rasa malu
yang tinggi dan budaya ketimuran yang menekankan soal moral yang tinggi?
Penulis yakin bahawa sekiranya budaya LGBT atau mana-mana budaya
seumpamanya itu dibenarkan masuk ke negara ini, maka tidak mustahil ia
akan menyebabkan budaya berbogel di tempat awam seperti di Eropah juga
akan terlepas masuk dan dianggap ‘hak dan kebebasan’ di Malaysia.
Itukah bentuk kebebasan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh sesetengah NGO-NGO di negara ini?
Jika tidak, mengapa pula perlu menyokong Seksualiti Merdeka dan
terkini mereka mengecam pula tindakan kerajaan yang menghantar pulang
wartawan, Muhammad Najeed A. Kashgari atau Hamza Kashgari ke negara
asalnya?
Hamza didapati bersalah kerana menghina Rasulullah SAW oleh ulama
Saudi dan apakah kebebasan hak bersuara itu membolehkan dia menghina
kekasih Allah?
Kenapa pula Malaysia harus melindungi Hamza yang menghina Rasulullah
SAW dan salahkah kerajaan menghantarnya pulang sebagaimana yang diminta
oleh negara asal Hamza itu? Pada penulis, apalah ertinya kebebasan dan hak asasi manusia
sekiranya ia bertentangan dengan Islam, moral atau ketetapan fitrah
kejadian manusia.
Apa pula pendapat anda? Patutkah tindakan segelintir NGO itu memperjuangkan sesuatu yang
bertentangan dengan Islam dan akhlak serta berselindung sebalik alasan
‘kebebasan dan hak asasi manusia’?
Kredit: MyNewsHub
Betol-betol Hangat! Butik ChanteQ Muadzam Shah
Oleh Kaki Wayang on
Kepada peminat-peminat tudung lebih- lebih lagi kengkawan yang duk kat kawasan Bandar Muadzam Shah anda kini boleh memiliki tudung-tudung Zaliya (Drama Asmara), Tiz Zakiyah (Nur Kasih) dan macam-macam lagilah..bermacam-macam tudung anda boleh dapati disini..bagi orang-orang yang mementingkan kualiti tudung..anda bolehlah ke Butik ChanteQ ni kat Bandar Baru Muadzam Shah..tudung kat sini dijual serendah RM20.00..tapi kalau anda nak yang murah giler2..datanglah ke Pekan Sari aka Pasar Sari aka Pasar/ Pekan Sehari kat Muadzam Shah ni..bukan takat makanan je yang dijual..tudung-tudung pon ada..Tudung Rozita Che Wan lah, Tudung Siti Nurhaliza lah..semuanya dijual serendah RM5.00..murah kan?
Aku kan duk Muadzam so aku tolonglah promosi Muadzam Shah bandar pendidikan ni..aku x sempat amik gambar tudung-tudung kat Pekan Sari aka Pasar Sari aka Pasar/ Pekan Sehari..tapi aku sempat amik gambar secara curi-curi kat Butik Chanteq..
P/s: Kepada kaum Hawa..jangan hanya kerana nak bertudung..anda memakai tudung dengan cara yang salah disisi agama Islam..pakai tudung tu biarlah menutup bahagian dada yer..dan jangan pakai tudung tapi pakai baju dan selur ketat pastu baju lengan pendek..baik korang tak payah pakai tudung..