PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label parkir asmara. Show all posts
Showing posts with label parkir asmara. Show all posts

Edisi Sentap! Terlalu Bebas Hingga Berasmara Di Tepi Jalan!

Oleh Kaki Wayang on


Sepasang kekasih ini dikatakan terlalu obses dengan hak kebebasan manusia untuk meluahkan perasaan sehingga tergamak mencetus kontroversi apabila berasmara di dalam keadaan separa bogel di tepi kakil lima yang penuh sesak dengan orang ramai. Itu di barat dan bagaimana pula dengan negara kita?

Di Malaysia, kita mempunyai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Suruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Human Rights Watch dan banyak lagi.

Sebahagian dari mereka memang ikhlas memperjuangkan hak kebebasan manusia dan ada pula sebahagian dari pertubuhan itu yang dikatakan memperjuangkan sesuatu demi kepentingan politik pihak tertentu. Penulis enggan mengulas tentang politik dan lebih tertarik dengan erti hak dan kebebasan manusia yang diperjuangkan NGO-NGO yang gemar mencetus kontroversi di negara ini.

Misalnya, kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikritik teruk oleh beberapa NGO hak asasi manusia kerana mengharamkan program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak serta kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Dalam konteks pemahaman NGO-NGO yang terbabit, golongan LGBT perlu diberikan hak sebagai manusia untuk menyuarakan dan bebas mengamalkan naluri kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka tanpa sebarang diskriminasi dari sudut perundangan mahupun masyarakat. Pada penulis, kebebasan seperti ini seolah-olah meletakkan perilaku kebebasan itu melebihi dari kebebasan yang dibenarkan menurut Islam.
Memang benar Islam adalah agama yang tidak memaksa dan memberikan kebebasan penuh kepada umat manusia.

Namun, perlu diingat bahawa Allah SWT telah memberi panduan melalui RasulNya, Muhammad SAW untuk menyebarkan garisan dan batasan yang perlu dipatuhi agar umat Islam tidak melampaui hukum hakam yang telah ditetapkan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama. Persoalannya, apakah hak dan kebebasan yang dituntut NGO-NGO itu bertepatan dengan kehendak Islam, budaya dan moral masyarakat di negara ini.

Misalnya di kepulauan Canary, Spanyol, yang menyaksikan para pelancong dibenarkan secara sah dari segi perundangan untuk berbogel di tepi pantai kepulauan tersebut seperti di Fuerteventura, Corralejo, Semenanjung Jandia, Lanzarote, Gran Canaria, Tenerife dan sebagainya. Sanggupkah kita menyaksikan Kak Limah, Nyonya Siew Lan, Makcik Munah, Aci Letchumi, Pakcik Akob, dan Pak Nuar berbogel dan berenang-renang di tepi pantai Chenang di Langkawi sambil menikmati ‘mandi matahari’?

Mahukah kita melihat budaya sebegitu menembusi sempadan negara kita yang terkenal dengan amalan Islam,  adat sopan, kesusilaan, rasa malu yang tinggi dan budaya ketimuran yang menekankan soal moral yang tinggi?

Penulis yakin bahawa sekiranya budaya LGBT atau mana-mana budaya seumpamanya itu dibenarkan masuk ke negara ini, maka tidak mustahil ia akan menyebabkan budaya berbogel di tempat awam seperti di Eropah juga akan terlepas masuk dan dianggap ‘hak dan kebebasan’ di Malaysia.

Itukah bentuk kebebasan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh sesetengah NGO-NGO di negara ini?
Jika tidak, mengapa pula perlu menyokong Seksualiti Merdeka dan terkini mereka mengecam pula tindakan kerajaan yang menghantar pulang wartawan, Muhammad Najeed A. Kashgari atau Hamza Kashgari ke negara asalnya?

Hamza didapati bersalah kerana menghina Rasulullah SAW oleh ulama Saudi dan apakah kebebasan hak bersuara itu membolehkan dia menghina kekasih Allah?

Kenapa pula Malaysia harus melindungi Hamza yang menghina Rasulullah SAW dan salahkah kerajaan menghantarnya pulang sebagaimana yang diminta oleh negara asal Hamza itu? Pada penulis, apalah ertinya kebebasan dan hak asasi manusia sekiranya ia bertentangan dengan Islam, moral atau ketetapan fitrah kejadian manusia.

Apa pula pendapat anda? Patutkah tindakan segelintir NGO itu memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan akhlak serta berselindung sebalik alasan ‘kebebasan dan hak asasi manusia’?

Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Terlalu Bebas Hingga Berasmara Di Tepi Jalan!

Betol-betol Sengal! Parkir asmara ‘berdarah’

Oleh Kaki Wayang on

PARAH...Hazita dirawat di HRPZ II, semalam. 

‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

P/s: Macam inilah jadinya bila manusia meletakkan dan mencipta undang-undang sendiri..sebelum bercerai tak nak pula berfikir..dah cerai nak rujuk pula..bila bekas isteri tak nak rujuk macam inilah jadinya..dunia-dunia..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Parkir asmara ‘berdarah’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...