Mangsa terakhir dalam kejadian tiga sekeluarga lemas ketika sedang mandi-manda di Pantai Kampung Budaya Cherating Sabtu lepas dijumpai pada 7.30 pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Muhammad Hairul Nizam Hasry, 14, dijumpai oleh anggota penyelamat berhampiran Teluk Kemboja, tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label angsa lemas. Show all posts
Showing posts with label angsa lemas. Show all posts
Home » Posts filed under angsa lemas
Edisi Informasi! Susulan Kes Lemas di Cherating, Mangsa Terakhir dijumpai!
Oleh Kaki Wayang on
Mangsa terakhir dalam kejadian tiga sekeluarga lemas ketika sedang mandi-manda di Pantai Kampung Budaya Cherating Sabtu lepas dijumpai pada 7.30 pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Muhammad Hairul Nizam Hasry, 14, dijumpai oleh anggota penyelamat berhampiran Teluk Kemboja, tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang anggota polis, Lans Koperal Asri
Kamis, 28, serta dua anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasry, 15, dan
Muhammad Hairul Nizam Hasry, 14, lemas ketika sedang mandi-manda di
pantai berhampiran Chalet Duyung dekat sini kira-kira pukul 4.45 petang.
Mayat Asri ditemui orang ramai berhampiran Kuala Sungai Cherating
iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50
petang hari kejadian. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3 petang semalam oleh
pasukan mencari dan menyelamat di Teluk Kemboja, tujuh kilometer dari
lokasi mangsa dilaporkan lemas.