Edisi Informasi! Susulan Kes Lemas di Cherating, Mangsa Terakhir dijumpai!

Oleh Kaki Wayang on



Mangsa terakhir dalam kejadian tiga sekeluarga lemas ketika sedang mandi-manda di Pantai Kampung Budaya Cherating Sabtu lepas dijumpai pada 7.30 pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Muhammad Hairul Nizam Hasry, 14, dijumpai oleh anggota penyelamat berhampiran Teluk Kemboja, tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang anggota polis, Lans Koperal Asri Kamis, 28, serta dua anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasry, 15, dan Muhammad Hairul Nizam Hasry, 14, lemas ketika sedang mandi-manda di pantai berhampiran Chalet Duyung dekat sini kira-kira pukul 4.45 petang.

Mayat Asri ditemui orang ramai berhampiran Kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang hari kejadian. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3 petang semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat di Teluk Kemboja, tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...