Politeknik Sandakan menawarkan dua program diploma baru bagi sesi Jun tahun ini. Pengarah Politeknik Sandakan Mohd Hatta Zainal berkata Diploma itu
ialah Diploma Agro Teknologi dan Diploma Akua Kultur di bawah Jabatan
Agro Teknologi dan Bio Industri.
Beliau berkata sebelum ini, Politeknik Sandakan yang beroperasi sejak
tahun 2008 di kampus sementara di Bandar Labuk Jaya dan kini berpindah
ke Kampus tetapnya di Hub Pendidikan Sandakan, hanya menawarkan Diploma
Pengurusan Pelancongan.
"Penawaran dua program baru itu selari dengan prasarana lengkap
Politeknik Sandakan yang mempunyai kampus tetap di Hub Pendidikan
Sandakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemberian Baucer Buku
1Malaysia kepada penuntut politeknik itu yang disempurnakan Anggota
Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Sabtu.
Seramai 70 penuntut menerima baucer itu bagi membantu mereka membeli buku dan peralatan untuk pembelajaran.