PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label bayi tersedak susu. Show all posts
Showing posts with label bayi tersedak susu. Show all posts
Home » Posts filed under bayi tersedak susu
Edisi Tips! Elak gejala tersedak susu!
Oleh Kaki Wayang on
SEJAK akhir-akhir ini, kematian bayi akibat
tersedak susu atau tercekik makanan semakin banyak dilaporkan. Terbaru,
bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat
tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis pada 16
Februari lalu. Walaupun kes ini dianggap terpencil, ibu bapa tidak harus memandang ringan kejadian-kejadian tidak diduga ini. Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr.
Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses
menelan makanan oleh bayi.
"Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang
ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan
perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran
pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru," katanya.
Edisi Simpati! Kakitangan Hospital Sultanah Aminah sebabkan bayi 6 hari meninggal!
Oleh Kaki Wayang on
“Kering air mata kerana menangis, tiada apa yang boleh dilakukan
kerana anak tersayang pergi selama-lamanya,” kata Cassindra Gelungan,
24, selepas bayi perempuannya, Angel Cassandra yang berusia enam hari
meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Hospital Sultanah
Aminah (HSA), di sini, kelmarin.
Lebih menyayat hati, Angel yang meninggal dunia tepat jam 4.20
petang di unit rawatan rapi (ICU) HSA baru beberapa jam diberikan nama. Menurut Cassindra, hatinya luluh setiap kali melihat pakaian serta
kelengkapan disiapkan untuk menyambut anak sulung itu yang langsung
tidak disentuh berikutan pemergian Angel.
Yang membuatkan dia lebih terkilan, kejadian itu didakwa berlaku
akibat kelalaian kakitangan HSA yang diamanahkan menjaga Angel.
“Saya melahirkan Angel ketika usia kandungan hanya lapan bulan pada jam 7.49 pagi, 4 Februari lalu di HSA dengan berat 1.85 kilogram. “Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan membawanya pulang berikutan Angel mengalami demam kuning tapi tidak serius,” katanya.
Menurut Cassindra yang berasal dari Gelang Patah, dia akur dengan
arahan itu dan dijanjikan boleh membawa bayinya pulang pada 7 Februari. Bagaimanapun, katanya, ia sekali lagi ditangguh pada keesokan hari berikutan Angel belum pulih sepenuhnya akibat demam kuning.
“Saya datang semula ke HSA, Rabu lalu dan terkejut mendapati Angel
tidak bertindak balas ketika saya memegang kakinya dan pada masa sama
ada kesan susu kering pada bibir dan mulutnya sebelum memaklumkan
kejadian itu kepada pihak hospital.
“Saya memang kecewa, kami faham petugas perlu jaga ramai lagi bayi lain tetapi pada masa sama, mereka boleh melakukan pemeriksaan sekali lalu. “Jika ada yang tidak kena, pasti mereka boleh segera mengambil tindakan. Ini tidak, saya yang datang dari rumah terlebih dulu mengesan kejadian itu,” katanya.
Cassindra turut mendakwa, kakitangan HSA menyusukan bayi mereka menggunakan gelas kecil dan ia dipercayai punca Angel tersedak. Selain itu, Cassindra mendakwa, bayinya tidak ditempatkan di dalam inkubator walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, malah Angel hanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas kejadian terbabit. Sementara itu, bapa Angel, Jacbelin Jemmy, 23, berkata dia kecewa apabila kakitangan HSA gagal memberikan sebab terperinci bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Jacbelin yang bertugas sebagai jurukimpal berkata, dia tidak mengharapkan pampasan tinggi, sebaliknya mahukan keadilan supaya perkara sama tidak menimpa pasangan lain.
“Nilai nyawa manusia tidak boleh disamakan dengan wang ringgit, yang pergi tidak akan kembali, tetapi kami harap perkara ini tidak berulang. Cukuplah hanya kami yang merasai kesedihan akibat kehilangan insan tersayang.
“Kami juga bercadang mengambil tindakan undang-undang tetapi buat masa sekarang, kami perlu menguruskan soal pengebumian anak,” katanya.
Mayat Angel disempurnakan di Tanah Perkuburan Selesa Jaya, pagi semalam. Jacbelin turut membuat laporan berkaitan kejadian di Balai Polis Sentral Khamis lalu, untuk tindakan selanjutnya.