“Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung kepada mangsa. “Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba menamparnya beberapa kali,” katanya.
Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan membalas balik pukulan suspek, namun, menyedari perlakuannya diperhatikan anak-anak mereka, suspek menarik mangsa masuk ke dalam bilik mereka.
Menurutnya, suspek menolak mangsa ke atas sofa dan menumbuknya bertubi-tubi sebelum mencekik mangsa dan perbuatannya itu hanya dihentikan selepas anak mereka berusia empat tahun menangis dan memeluk kaki lelaki terbabit.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, semalam dan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.