Bila berblogwalking ni..banyak benda baru yang kita leh dapat.ada blogger yang menekankan cerita panas semata-mata..ada blogger yang cerita sal artis semata-mata..terutamanya macam Beautifulnara dan Ohartis..ada juga yang cerita pasal kehidupan..pasal peribadi..tak kurang juga kalau yang jiwang-jiwang tu..habis sume entri cite sala awek atau boipren dia..pastu letak sajak bagai..dan ada juga yang meletakkan cerita-cerita lucah aka cerita tak berapa lucah untuk menjadi santapan minda pembaca..(walhal ianya dijadikan umpan sebagai pencari trafik)..dan aku pula menjadikan isu-isu general sebagai tema blog Betol-betol Hangat ni..
Namun sebagai blogger baru, aku masih berpijak di bumi nyata..kepada blogger-blogger baru..kalau ada teguran daripada blogger otai ke veteran ke senior ke..korang tak payah lah nak rasa kecik hati atau nak putus asa yer..jadikan teguran itu sebagai pembakar semangat untuk terus berblog..blogger-blogger senior pon pernah jadi macam kita jugak..”newbie”..so tak perlu rasa rendah diri..
Dan yang menegur tu pula..jangan sampai maki hamun pula..kita hidup dalam dunia blog ni sudah semestinya seperti saudara..melainkan yang datang ke blog kita maki hamun, menjatuhkan maruah kita itu lain cerita lah..
Pastu, kena Tanya diri sendiri..tujuan kita berblog..kalau setakat nak cuba-cuba atau nak ikut kawan..”sebab dia ada blog, aku pun nak buat blog juga lah”..atau korang nak jana pendapatan semata-mata..atau atas minat untuk berblog..dan menguji kekuatan diri serta membuktikan kita juga mampu berblog dan menulis secara kolektif dan mempunyai seni kreatif yang tinggi..tepuk dada tanyalah selera..
Dan kepada blogger baru yang nak join blogger semata-mata nak jana pendapatan..jangan bila dah letak iklan macam-macam kat blog tapi dah 2, 3 bulan baru RM0.90 dalam akaun..pastu nak melenting..kekadang blogger-blogger otai pown memerlukan 2 tahun atau lebih untuk mencapai target “jana pendapatan melalui blog”..so kalau setakat 2, 3 bulan tu janganlah berangan nak dapat macam otai-otai ni yer..
P/s: Betol-betol Hangat! Pown baru 2 bulan berblog..so kepada blogger baru khususnya..tepuk dada Tanya selera anda nak jadi blogger yang macam mana..