PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label blog Politeknik Muadzam Shah. Show all posts
Showing posts with label blog Politeknik Muadzam Shah. Show all posts

Betol-betol Kreatif! Pamplet seakan-akan Facebook!

Oleh Kaki Wayang on

Sebagai seorang designer yang tak retis macam Yazid Yahya dan Mohd Khairi..so, ini jela yang mampu aku lakukan sebagai salah satu usaha aku untuk meningkatkan mutu design PAMPLET kat Politeknik Muadzam Shah ini..kalau tak..asyik-asyik "itu" jela design yang digunakan..tak macam designer Jabatan Pengajian Am..Hencheck Yazid Yahya yang sangat komited dan kreatif..blogger retis lah katakan..semua design dia hebat-hebat dan mendapat pujian ramai..design aku sape lah yang nak puji..dah lah berlatar belakangkan FACEBOOK pula..asyik-asyik kene BAN je..

Meh kita tengok kreatif tak aku manipulasikan design Facebook masuk ke dalam design pamplet aku ni..inilah dia kehebatan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop..leh wat macam-macam..korang pun nanti kalau ditugaskan nak buat pamplet untuk perhimpunan bulanan organisasi ke..lehlaa wat pamplet macam ni kan?..Untuk pengetahuan semua pamplet ini digunakan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah sesi Oktober 2011..

Bahagian Depan PAMPLET

Bahagian Dalam PAMPLET 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kreatif! Pamplet seakan-akan Facebook!

Betol-betol Gempak! Program Imam Muda Musim Pertama Politeknik Muadzam Shah!

Oleh Kaki Wayang on

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini..sedikit teguran yang boleh diambil maklum oleh penganjur dan para peserta.

Modul 1

  1. Perbanyakkan modul pada SEM depan.
  2. Perbanyakkan tajuk dan pembelajaran supaya para peserta akan lebih banyak terdedah kepada kehidupan sebenar seorang pemimpin suatu masa nanti.
  3. Sila jangan cuba untuk pertikaikan modul-modul dan silibus yang telah ditatapkan kerana ianya merupakan syarat yang harus dipatuhi. Peserta Imam Muda ASTRO tidak pernah cuba untuk mempersoalkan silibus dan modul-modul yang terdapat dalam program Imam Muda.
  4. Sila patuhi segala kehendak soalan. Tidak perlu berdolak dalik mengatakan bahawa soalan adalah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan silibus mahupun modul.
  5. Sila jawab soalan dengan penuh hormat dan berhemah. Jika tidak tahu akan jawapan kepada soalan. Sila jawab dengan penuh hemah dan hormat kepada juri.
  6. Juri yang dilantik bukan juri yang dikutip mahupun sekadar mengisi kekosongan. Tapi mereka merupakan orang yang jauh lebih berpengalaman dari anda.
  7. Perkara paling penting, sila hormati audiens dan para juri. Tanpa mereka siapalah kamu (peserta Imam Muda)..
Modul 2
  1. Memberikan alas an bahawa kamu bukan TAHFIZ untuk menghafal Surah As-Sajdah dalam tempoh 4 hari bukan alasan bijak untuk anda..asalkan kamu boleh membaca dengan baik..kamu tetap diterima untuk membacanya..kamu masih boleh menggunakan Al-Quran sebagai panduan sekiranya kamu lupa atau tidak mampu untuk menghafal surah-surah berkenaan..juri bukannya tidak berperikemanusiaan..Cuma kamu sendiri yang menutup peluang dan bertindak kurang bijak.
  2. Sila perbaiki bacaan anda.
  3. Hafazan tidak begitu menekankan aspek taranum pada bacaan. Namun begitu bertaranum merupakan satu bonus pada anda.
  4. Pada yang menghafal, sila hafal dengan baik dan elakkan daripada terlupa dan kemudiannya tersalah mencampurkannya dengan surah yang lain.
  5. Peserta kena yakin dan berpenampilan seperti Imam Muda.
  6. Bacaan harus jelas dan memenuhi aspek tajwid dan sebutan.
Modul 3
  1. Pastikan “kiu kad” hanya digunakan pada masa-masa tertentu sahaja dan bukannya membaca keseluruhan isi pada kad kerana ianya akan mengakibatkan markah anda dipotong
  2. Isi kena jelas dengan fakta beserta contoh
  3. Bakal Imam Muda haruslah bersedia dalam memberikan respon kepada soalan samaada dari juri mahupun audiens.
  4. Biarkan juri habiskan dahulu komen barulah dijawab oleh peserta
  5. Mampu untuk mengolah isi dan mampu untuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan
  6. Pastikan hadis-hadis yang digunakan betul dengan rujukan mana hadis itu diambil.
  7. Sebelum mengakhiri kalam, para penganjur juga perlu memperbanyakkan kelas bagi para peserta untuk bersama dan belajar dengan mentor-mentor mereka agar mampu untuk bersedia bagi tugasan yang seterusnya.
Akhir kalam, sila ambil maklum dengan semua teguran-teguran yang diberikan dan saya bagi pihak juri-juri dan para mentor memohon ampun dan maaf seandainya tersalah dan tersilap bicara..semoga tahun hadapan Imam Muda akan lebih hebat dan mencabar minda para peserta..Tahniah kepada imam muda Ahmad Shafiq.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Program Imam Muda Musim Pertama Politeknik Muadzam Shah!

Betol-betol Gempak! Malam Sejuta Bintang!

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memberikan kita sehari lagi untuk terus hidup dimuka bumi Allah SWT ini..setelah menghadapi mingu-minggu yang mencabar sejak kebelakangan ini..kini Admin dapat luangkan sedikit masa untuk terus mengemaskini Blog PMS ini dengan sedikit info.

Malam Sejuta Bintang?


Ala-ala Beyonce

 Kamilah pengguna JusMate5 (Produk dR.Rozmey)

Pantang ada majlis para pelajar pasti akan “melaram” (eh ade ke perkataan tu)..pantang ada majlis..pakaian bukan main..”pesen” mengalahkan datin dan dato..mengalahkan artis apatah lagi..dengan lampu lip lap, lip lap memenuhi setiap pakaian pelajar pada malam itu..yelaaa nak menang Anugerah Sejuta Bintanglah katakan..sampai ada fesyen tu..mak aihh..tudung “melingkor” kat leher..ala-ala Hana Tajima lah katakan..tapi tak pe asalkan masih mampu menjaga aurat tu tak de masalah..

 Anugerah Nilam

Macam-macam "pesen" yang boleh dilihat pada malam itu..ala-ala K-Pop pun ada..ala-ala orang Arab Saudi pon ada..ala-ala gadis kampung yang comel pun ada..tak kurang hebatnya pada yang dapat Anugerah Sejuta Bintang..memang stylo mylo aka Milo "sihat dan kuat"..dan yang paling admin rasa best..banyak anugerah disampaikan pada malam itu..dan yang paling admin tertarik adalah Anugerah Nilam (Top Borrower)..ada juga yang hargai Perpustakaan Cyber PMS kan..dan sesungguhnya pemenang Anugerah tu memang layak sebab dia memang rajin pinjam buku..


Begitu juga dengan suasana majlis yang seakan-akan Anugerah artis-artis kat TV..apa tidaknya..jurukamera bukan main ramai lagi mengalahkan orang yang terima anugerah lagi..bila Emcee sebut je penerima anugerah..maka, berlari anak la mereka yang  bergelar jurukamera mengambil gambar penerima anugerah..



Tabik pada Mr. Mohd. Zainal bin Mat Il yang mampu menyampaikan ucapannya walaupun pada saat akhir tetiba dilantik menjadi perasmi majlis atas ketiadaan Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Nor Rahim bin Muhayat bagi menyempurnakan majlis..dengan spontan nya En. Mohd. Zainal mampu melaksanakan tugasnya dengan begitu baik. (Sekadar teguran: Nanti sebut nama VVIP kena betul tau..En. Mohd. Zainal bin Mat Il).

Antara VVIP Malam Sejuta Bintang - Ala-ala Artis 

Emcee pula bergandingan dengan begitu baik..Namun begitu apa yang kurang elok adalah ketika mana perpindahan dari Emcee Formal kepada Emcee yang berbentuk santai..kelihatannya sedikit berterabur..Gandingan Bella dan Ammar nampaknya "serasi" namun tidak begitu berjaya..mungkin kerana Ammar yang sedikit tergagap-gagap dalam melontarkan suaranya yang agak seperti "kanak-kanak" Tom-Tom Bak itu..walaubagaimanapun, mereka masih lagi mampu untuk meneruskan majlis dengan begitu baik sekali..


Cumanya apa yang kurang baik didengar adalah ketika mana para penonton bersorak dan kelihatannya majlis yang pada mulanya formal bertukar sedikit berterabur..memandangkan VVIP ada di dalam dewan mungkin di masa akan datang urusetia dan jawatankuasa program boleh memperbetulkan masalah itu..
Apapun tahniah kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang berjaya menganjurkan program ini seadanya..walaupun ada beberapa kecacatan yang sangat jelas..namun ianya masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa..Tahniah..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Malam Sejuta Bintang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...