PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label definisi dakwah menurut Islam. Show all posts
Showing posts with label definisi dakwah menurut Islam. Show all posts
Home » Posts filed under definisi dakwah menurut Islam
Edisi Soal Jawab Agama! Maksud Dakwah Mengikut Ilmuan Islam
Oleh Kaki Wayang on
Pengertian dakwah
dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang
membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput.
Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah
mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat
yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar
mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain
pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk
mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
Menurut Jum’ah
Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah adalah risalah terakhir yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu dari Allah dalam bentuk kitab
yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau dibelakangnya, dengan
kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam mushaf yang
diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir, bagi yang
membacanya dinilai sebagai ibadah.
Dr. Ra’uf Shalabi
menjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa atau mengubah
masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan
kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan
lapang, di dunia dan di akhirat.
Ali Abdul Halim
Mahmud pula mengatakan bahawa Dakwah ilallah bermaksud kita berdakwah agar
manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan rasul, taat
pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti total dari semua yang dilarang dan
membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Arti berdakwah adalah
mengajak kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling
sempurna dan syamil (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin
penjagaannya, sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para
pemeluknya. Oleh kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan
cacat.
Berdasarkan
beberapa definisi yang telah diberikan di atas ini, maka kita dapat
menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman
kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah
SAW. Dakwah juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan
diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang
berbeza seperti :
Allah mengajak
hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka masuk ke syurga,
seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama inilah, Allah
mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang
diredhoi Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya.
Beruntunglah bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang
berbunyi :
“Dan sesiapa Yang
menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya
(maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada
ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.” (Al-Maidah : 56)
Zaman moden ini,
dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah keruntuhan Akhlak yang
semakin berleluasa. Kalaulah konsep dakwah ini tidak digunakan dengan penuh
hikmah dan penuh kebijaksanaan, maka kemungkinan besar, ia belum tentu dapat
mengatasi masalah sosial ini. Ini menunjukkan bahawa seorang pendakwah perlu
mempunyai persediaan dan jati diri yang kuat. Bukan mudah hendak berdepan
dengan manusia ini, kerana ia mempunyai berbagai karenah dan berbagai rintangan
yang perlu dihadapi oleh pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang rapi,
maka seseorang pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan ia
juga tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.
Nabi Yusof telah
menunjukkan satu tauladan yang sangat bermakna kepada para pendakwah sekalian,
walaupun Baginda di penjarakan dengan sebab difitnah oleh seorang isteri raja
ketika itu, tetapi Baginda tidak berputus asa dan Baginda meneruskan usaha
dakwahnya di dalam penjara tersebut. Kisah ini telah dirakamkan oleh Allah
dalam Al-Quran yang berbunyi :
"Yusuf (merayu kehadrat
Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara
dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepada-Nya. dan jika Engkau
tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada
mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".
(Yusof : 33)
Rujukan: Ustaz Nor Amin