PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label fakta kanser payudara. Show all posts
Showing posts with label fakta kanser payudara. Show all posts
Home » Posts filed under fakta kanser payudara
Edisi Pelik! Gambar Lelaki Memiliki Payudara Seperti Wanita - Serius Pelik!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Pelik! Gambar Lelaki Memiliki Payudara Seperti Wanita - Serius Pelik!
Edisi Simpati! Al-Fatihah: Zulhafiz Akhirnya Meninggalkan Kita….!
Oleh Kaki Wayang on
Masih ingatkah Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, pemuda yang mengalami
penyakit misteri di mana terdapat ketumbuhan seberat kira-kira 20
kilogram di bahagian bahu kirinya itu?
Dia akhirnya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam. Menurut laporan akhbar, anak bongsu daripada lima adik-beradik itu
meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu
mendapatkan rawatan di HTAA.
Kata bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu,
ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba-tiba sahaja
pecah dengan mengeluarkan darah dan cecair.
“Kira-kira segayung cecair yang keluar dari ketumbuhan tersebut dengan meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.
“Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin
berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut
semakin mengecil.
“Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua,”
katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah
perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di
rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira-kira 100 orang.
Al-Fatihah…
Edisi Sengal! Dedah payudara semasa cuaca sejuk melampau di Moscow!
Oleh Kaki Wayang on
Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam. Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom. Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.
Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.
Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu. Namun, ketiga-tiga wanita itu diusir keluar dari ibu pejabat tersebut oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom.
Edisi Sentap! Pemilik Payudara Kedua Terbesar Di Britain Semakin Risau!
Oleh Kaki Wayang on
Memiliki payudara yang besar mungkin menjadi impian kebanyakan wanita
hingga ramai yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk
memastikan mereka memiliki aset seumpama itu. Tidak cukup dengan
menggunakan krim dan ubat-ubatan, malah ada yang sanggup menanggung
risiko dengan membuat pembedahan memasukkan silikon dalam payudara
masing-masing. Tetapi bagi Rachel Aldana, dia semakin bingung
dengan payudaranya yang semakin membesar dan membesar….sehingga kini ia
sudah mencapai ukuran 30L! Dia yang baru berusia 24 tahun mengakui, keadaan tersebut membuatkan dia semakin risau.
“Saya takut apa lagi yang akan terjadi selepas ini, kadangkala saya terfikir yang saya ini ibarat ‘payudara berjalan’.
” Yang kelihatan menonjol cuma payudara saya,” katanya pada Thesun.co.uk baru-baru ini.
Karena ‘asetnya’ itu, Rachel menjadi pemilik payudara alami terbesar kedua di Britain.
Sebelum ini seorang wanita berkulit hitam, Donna Jones mengejutkan ramai pihak kerana disahkan mempunyai payudara berukuran 40M.
Dalam pada itu, Rachel tidak dapat menyembunyikan kerunsingan mengenai keadaan dirinya itu.
“Saya khuatir tidak lagi mampu berjalan atau berdiri suatu hari nanti,” ujarnya.
Menurut Rachel, keturunan keluarganya memang berpayudara besar. Ibunya memiliki payudara berukuran 30K tapi akhirnya berjaya ‘diperkecilkan’ kepada saiz 30C melalui satu pembedahan.
” Terus terang, adalah satu seksaan kerana memiliki ‘monster’ ini,” katanya.
Walaupun merasa terseksa karena sering mengalamai kesakitan di bahagian punggung, Rachel takut untuk menjalani pembedahan seperti mana yang dilakukan ibunya.
Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Rachel bersyukur kerana mempunyai kekasih yang cukup ‘supportive’.Dalam erti kata lain, kata Rachel, mempunyai payudara yang besar bukanlah satu isu buat kekasih kesayangannya itu.
“Saya takut apa lagi yang akan terjadi selepas ini, kadangkala saya terfikir yang saya ini ibarat ‘payudara berjalan’.
” Yang kelihatan menonjol cuma payudara saya,” katanya pada Thesun.co.uk baru-baru ini.
Karena ‘asetnya’ itu, Rachel menjadi pemilik payudara alami terbesar kedua di Britain.
Sebelum ini seorang wanita berkulit hitam, Donna Jones mengejutkan ramai pihak kerana disahkan mempunyai payudara berukuran 40M.
Dalam pada itu, Rachel tidak dapat menyembunyikan kerunsingan mengenai keadaan dirinya itu.
“Saya khuatir tidak lagi mampu berjalan atau berdiri suatu hari nanti,” ujarnya.
Menurut Rachel, keturunan keluarganya memang berpayudara besar. Ibunya memiliki payudara berukuran 30K tapi akhirnya berjaya ‘diperkecilkan’ kepada saiz 30C melalui satu pembedahan.
” Terus terang, adalah satu seksaan kerana memiliki ‘monster’ ini,” katanya.
Walaupun merasa terseksa karena sering mengalamai kesakitan di bahagian punggung, Rachel takut untuk menjalani pembedahan seperti mana yang dilakukan ibunya.
Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Rachel bersyukur kerana mempunyai kekasih yang cukup ‘supportive’.Dalam erti kata lain, kata Rachel, mempunyai payudara yang besar bukanlah satu isu buat kekasih kesayangannya itu.
Edisi Informasi! Fakta & Mitos Sebenar Kanser Payudara!
Oleh Kaki Wayang on
Kanser payudara sering kali mengancam
nyawa manusia terutama sekali golongan wanita dan merupakan kanser
paling biasa di kalangan hampir semua manusia di pelosok dunia.
Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.
Pun begitu, kanser payudara bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja, sebaliknya, juga menyerang golongan lelaki walaupun dengan hanya jumlah yang kecil.
Ramai yang terpedaya dengan beberapa mitos yang disebarkan mengenai punca terjadinya kanser payudara dalam tubuh badan manusia. Namun, terdapat kajian yang dilakukan telah membetulkan kembali tanggapan mitos yang sudah sebati dalam pemikiran masyarakat kita.
Terdapat enam fakta dan mitos yang dikemukan oleh Hidayat. Antaranya:
- Penggunaan agen antipeluh mengakibatkan kanser payudara.
Dalam kajian tersebut, tiada bukti menunjukkan bahawa bahan aktif dalam agen antipeluh atau mengurangkan perpeluhan di bawah ketiak mempengaruhi risiko kanser payudara. Hubungan antara kanser payudara dan agen anti peluh adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat mengenai anatomi dan kanser payudara.
- Semua benjolan adalah kanser.
Secara umumnya, 80% benjolan adalah tidak merbahaya iaitu bukan kanser dalam payudara terutama di dalam golongan wanita muda di bawah 35 tahun. Akan tetapi risiko kanser ini akan meningkat dengan bertambahnya usia.
- Semakin besar ukuran payudara, semakin tinggi risiko.
Jumlah tisu payudara seseorang wanita tidak mempengaruhi risiko pertumbuhan kanser payudaranya. Saiz payudara bukan faktor risiko yang signifikan bagi kanser payudara.
- Mammogram menyebabkan kanser.
Hakikatnya, mammogram adalah prosedur yang selamat serta melibatkan radiasi yang sangat minimum untuk mewujudkan imej payudara yang jelas. Sistem mamografi diperakui selamat, dikawal ketat dan pengggunaan dos radiasi yang rendah.
- Keguguran cetusan menyebabkan kanser payudara.
Beberapa kajian memberikan data yang kuat bahawa sama ada keguguran cetusan atau spontan tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan terhadap risiko kanser payudara.
- Implan payudara menyebabkan kanser.
Beberapa kajian mendapati implan payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, walaupun implan payudara silikon boleh menyebabkan pembentukan parut yang tidak berbahaya pada payudara.
Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat sesuatu perubahan yang ketara kepada payudara kita. Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital atau pun melakukan sendiri dengan teknik-teknik yang betul.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kajian ini, bolehlah melayari laman sesawang Persatuan Siswa-siswi Islam perubatan Universiti Malaya (PSIPUM).di http://psipum.org/6-mitos-dan-
Kredit: MyNewsHub