-
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah
memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di
masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan
digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label hukum nikah di masjid. Show all posts
Showing posts with label hukum nikah di masjid. Show all posts
Home » Posts filed under hukum nikah di masjid
Edisi Fatwa! Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid!
Oleh Kaki Wayang on
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah
membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Edisi Khas Soal Jawab Agama! Bersanding dan Menabur Beras Kunyit!
Oleh Kaki Wayang on
Soalan:
Ada sedikit kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan kenduri perkahwinan yang biasa dijalankan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Saya ada membaca tentang kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Namun yang menjadi kemusykilan adalah adakah perarakan pengantin, mengadakan pelamin, persandingan tanpa tepung tawar dan menjaga aurat yg sebenar juga tidak dibenarkan dalam Islam? Harap ada di kalangan netters yang boleh memberi bantuan berhubung perkara ini.
Jawapan:
Perarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.
Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya.
Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.
Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya.
Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya.
P/s: Terima Kasih kepada saudara Kapten Hafiz Firdaus Abdullah atas artikel yang ditulis dan sudi kongsikan dalam blog ini.
Betol-betol Hangat! Perkahwinan - Antara Pilihan Anak dan Ibubapa.
Oleh Kaki Wayang on
Rasulullah pernah bersabda: “Tidak ada nikah kecuali dengan wali.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2085] Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas: “Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2083] Maksud wali dalam hadis-hadis ini ialah ayah wanita yang akan bernikah itu.
Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar berkata: Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab, yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan. Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 5138]
Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1900]
Hadis-hadis di atas jelas menunjukan kedudukan dan peranan ibubapa dalam pilihan calon pasangan bagi perkahwinan seorang anak. Secara lebih terperinci, hadis-hadis ini perlu dikupas dari dua sudut.
Sudut Pertama:
Ia adalah dari sudut keutamaan, dimana ia membuktikan betapa besar kedudukan dan peranan ibubapa terhadap kita sebagai anak sehingga ia juga menyentuh persoalan pasangan hidup. Memang, ibubapa tidak boleh memaksa kita berkahwin dengan pasangan yang tidak kita sukai. Akan tetapi pada waktu yang sama, kita juga tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukai mereka. Ringkas kata, anak dan ibubapa tidak boleh saling memaksa dalam persoalan ini. Sebaliknya perlu sama-sama suka dan redha.
Timbul persoalan, bukankah yang berkahwin ialah anak? Maka kenapa pula perlu mendapatkan izin dan redha ibubapa? Persoalan ini dapat dijawab seperti berikut:
- Ibubapa adalah orang dewasa yang telah merasai asam garam kehidupan berumahtangga. Mereka memiliki pengetahuan yang luas, sama ada melalui pengalaman sendiri atau rakan-rakan, tentang apa yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan apa yang tidak. Berbeza dengan kita sebagai anak-anak, yang dikenali hanyalah cinta. Lazimnya keputusan untuk berkahwin tidak didirikan atas apa-apa penilaian yang matang kecuali cinta semata-mata. Maka izin dan redha ibubapa adalah penting kerana ia dapat membantu dan membimbing kita membina rumahtangga yang berjaya.
- Perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak. Justeru izin dan redha ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menjamin kebahagiaan dan kesinambungan hidup berumahtangga.
- Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam keumuman sabda Rasulullah: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Riwayat al-Tirmizi, Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 515] Maka jika kita ingin membina rumahtangga yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, binalah ia dengan cara memperoleh keredhaan ibubapa terlebih dahulu.
Sudut Kedua:
Ia adalah dari sudut hukum fiqh, maka hadis-hadis di atas perlu dibaca bersama hadis-hadis yang melarang ketaatan dalam perkara maksiat. Ini kerana: “Sesungguhnya ketaatan tidak lain hanya dalam perkara ma’ruf (kebaikan yang selari dengan syari‘at Islam).” [Shahih al-Bukhari, no: 7145] Oleh itu pemahaman dan pelaksaan hadis-hadis di atas boleh dibahagikan kepada tiga suasana:
Suasana Pertama: Apabila ibubapa enggan menerima calon pilihan kita berdasarkan alasan yang dibenarkan syari‘at. Contohnya ialah calon yang bukan beragama Islam dan dia memang tidak bercadang untuk memeluk Islam. Maka dalam kes ini ibubapa layak menegah kita daripada berkahwin dengan calon tersebut dan kita wajib mematuhinya.
Suasana Kedua: Apabila ibubapa enggan menerima calon pilihan kita disebabkan alasan yang menyelisihi syari‘at. Contohnya apabila ibubapa enggan menerima calon isteri pilihan kita semata-mata kerana dia berpakaian menutup aurat, atau enggan menerima calon lelaki pilihan kita semata-mata kerana dia sering pergi solat berjamaah. Maka dalam kes ini ibubapa tidak sepatutnya menegah kita daripada calon tersebut. Akan tetapi ini tidaklah bererti kita boleh “kahwin lari”. Sebaliknya hendaklah kita berbincang dengan sopan dan hikmah bersama ibubapa agar mereka akhirnya bersetuju dengan calon pilihan kita.
Suasana Ketiga: Kita dan ibubapa saling berselisih dengan masing-masing memiliki alasan yang harus di sisi syari‘at. Dua contoh yang lazim berlaku adalah:
- Kita ingin berkahwin tetapi masih menuntut. Ibubapa tidak membenarkannya sehinggalah ditamatkan pengajian terlebih dahulu.
- Calon lelaki pilihan kita tidak memiliki pekerjaan yang mampu menyara hidup.
Bagi kedua-dua contoh di atas atau apa-apa yang seumpama, hendaklah kita berbincang dengan ibubapa untuk mencari jalan penyelesaian yang dipertengahan. Kebanyakan ibubapa akan bergembira untuk membantu dan memberi jalan penyelesaian yang terbaik jika kita sebagai anak-anak berbincang dengan mereka secara hormat, sopan dan hikmah. Kegagalan sering berlaku apabila anak-anak berkeras, membuat keputusan tanpa mempertimbangan pandangan ibubapa atau mungkin mengabaikan ibubapa secara keseluruhan dalam persoalan ini.
Meski pun demikian, jika perbincangan tidak membuahkan hasil yang diingini, hendaklah kita mengalah kepada ibubapa. Hendaklah kita merenung kembali hadis-hadis yang dikemukakan dalam penulisan ini. Ketahui dan yakinilah bahawa apa yang ada di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah jauh lebih baik daripada kekasih yang ada di hati.
Terima Kasih kepada saudara Kapten Hafiz Firdaus Abdullah atas artikel yang ditulis dan sudi kongsikan dalam blog ini.
Betol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Kesilapan dalam ijab kabul
Oleh Kaki Wayang on
SAYA ada masalah mengenai akad nikah (ijab dan kabul). Saya baru berkahwin pada 13 Mac lalu. Alhamdulillah, saya berjaya dinikahkan dengan sekali akad sahaja (saksi ada yang setuju, ada yang diam, tetapi semua turunkan tandatangan). Semuanya berjalan lancar, sehinggalah kira-kira empat hari kemudian, saya dengar saudara-mara saya berkata, Kadi (wali hakim) tersilap menyebut mas kahwin. Kebetulan adik saya ada merekodkan video ketika majlis berkenaan. Saya melihat semula rakaman itu berulang kali. Memang benar kadi tersilap mas kahwin.
Lebih mengejutkan, nama bapa pengantin juga tersilap. Bunyinya seperti ini:
Lebih mengejutkan, nama bapa pengantin juga tersilap. Bunyinya seperti ini:
Kadi: “Aku nikahkan engkau dengan berwalikan aku Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM20.50 tunai. Saya jawab, “Aku terima nikah Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM22.50 tunai.
Nama pengantin lelaki: Azizul bin Mohammad
Nama pengantin Perempuan: Nora Binti Jamiluddin
Mas Kahwin: RM22.50
Sah atau tidak ijab dan kabul serta perkahwinan saya itu? Jika tidak sah, apakah yang perlu saya lakukan?
Nama pengantin Perempuan: Nora Binti Jamiluddin
Mas Kahwin: RM22.50
Sah atau tidak ijab dan kabul serta perkahwinan saya itu? Jika tidak sah, apakah yang perlu saya lakukan?
SEMEMANGNYA dalam ijab dan kabul ketika akad pernikahan disyaratkan bersepadu antara tempat akad dan kadar mas kahwin. Jika ada sedikit perbezaan yang tidak menimbulkan kekeliruan dan kesalahan yang jelas, akad ijab dan kabul tetap sah seperti dalam kes perkahwinan anda itu.
Ini kerana ia hanya membabitkan nama bapa pengantin perempuan (isteri anda) dan bukannya nama isteri dengan menyebut nama yang lain seperti Maryam dan sebagainya.
Keduanya, kadar mas kahwin yang anda sebut lebih banyak daripada yang disebut dalam ijab. Ia boleh diterima dan sah kerana ia lebih baik kerana jumlahnya lebih berbanding dengan lafaz ijab (al-Zuhayli 1985 7: 51).
Kesalahan seumpama itu dikira sebagai kesalahan biasa manusia kerana salah sebutan atau tersasul. Selain itu, saksi juga tidak membantah perkara itu dan mereka memperakui kelangsungan akad berkenaan.
Ini kerana ia hanya membabitkan nama bapa pengantin perempuan (isteri anda) dan bukannya nama isteri dengan menyebut nama yang lain seperti Maryam dan sebagainya.
Keduanya, kadar mas kahwin yang anda sebut lebih banyak daripada yang disebut dalam ijab. Ia boleh diterima dan sah kerana ia lebih baik kerana jumlahnya lebih berbanding dengan lafaz ijab (al-Zuhayli 1985 7: 51).
Kesalahan seumpama itu dikira sebagai kesalahan biasa manusia kerana salah sebutan atau tersasul. Selain itu, saksi juga tidak membantah perkara itu dan mereka memperakui kelangsungan akad berkenaan.
Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!