Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat,
selalu diperingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang
berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di
riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.
Bagaimana pula dengan orang yang ber”SMS” ketika khatib sedang berkhutbah? Mintak penjelasan dari sheikh2 ahkam ttg perkara ini.
Wassalam
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Terima kasih akhi Desaputra. Insyaallah, kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan yang ada.
Benar kata akhi Desaputra, memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :
“yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika
anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] “dengar!”
sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw” – Riwayat
al-Bukhari #892, Muslim #851.
Hadith ini mengingatkan kita bahawa
melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai
(berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang
membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya
semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan
khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar
mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan
didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras
dari ucapan menegur orang daripada bercakap.
“Dari Abu Darda’
berkata :”Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan
membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka’ab yang duduk disebelahku dan aku
bertanya :’Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN
menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali
dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia
masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar.
Kemudian Ubai berkata kepadaku ,’Apa yang anda dapat pada hari Jumaat
ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)’. Setelah perginya Nabi saw,
Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda
beliau :’Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah,
maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai” (Riwayat Ibn Majah #1111,
Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh
Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338).”
Bertanyakan mengenai
AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula
mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS
dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu
jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.
Malahan terdapat
situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh
Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu
dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang
membaca. Dibawah ini kami petik soalan yang dijawab oleh Sheikh Abdul
Al-Karim Al-Khudayr[2].
————————————
Soalan:
Saya buat
masa ini menetap di Afrika. Maka saya tidak tahu bertutur didalam bahasa
mereka disana. Semasa khutbah Jumaat, saya tidak mendapat apa-apa
daripadanya. Apakah yang harus saya lakukan ketika khutbah? Bolehkan
saya membaca Al-Quran dan berzikir kepada Tuhan atau pun adakah perlu
saya duduk mendengar kepada sesuatu yang tidak saya fahami?
Jawab Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr :
Alhamdulillah.
Jika anda mendengarnya, walaupun anda tidak memahami apa-apapun, anda
telah melakukan sesuatu yang baik, Insyaallah. Ada juga beberapa ulama’
yang memberi keizinan kepada sesiapa yang tidak memahami bahasa khutbah
tersebut dibenarkan mengisi masa mereka dengan zikir dan membaca
Al-Quran, dengan syarat mereka tidak menganggu orang yang lain yang
sedang mendengar Khutbah. Pandangan yang saya pilih ialah anda haruslah
mendengar walaupun anda tidak memahaminya.
——————————————–
Bukan
setakat bercakap sahaja yang dilarang, membaca al-Quran pun tidak
digalakkan. Malah menurut ulama’, menjawab SALAM dan mengucap Tashmit
keatas orang yang bersin pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang
berkhutbah. Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah
Al-Buhuth Daa’imah[3] (8/242) :
“Tidak dibenarkan menjawab Bersin
dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih
dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan,
dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah”
Adalah sunnah melihat kearah Imam semasa beliau membaca Khutbah. Ini terdapat didalam Hadith berikut :
Telah
diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa’ed Al-An asari berkata : “Adalah
sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua
hadirin memandang kearahnya”
Diriwayatkan oleh Naafi’ bahawa Ibnu
Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar,
beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.
(Al-Abani telah mengumpulkan Hadith-Hadith ini didalam al-Silsilat al-Sahiiah, # 2080)
Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :
“Semasa
solat Jumaat, orang yang Mu’min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat
dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di
atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya,
hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap.
Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan.
Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh
melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang
yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2
rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa
sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah
(Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya”.
Jelas
fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang sekali gus menjawab soalan
yang anda nyatakan itu, maka “Adalah dikatakan telah lalai Jumaat
seseorang itu jika semasa Imam sedang berkhutbah, ia sibuk menghantar
mesej SMS melalui handphone”. Bayangkanlah, bertanyakan mengenai ayat,
menjawab bersin, menjawab salam yang selama ini sunnat, tidak digalakkan
semasa khutbah, inikan pula menghantar SMS!. Ibnu Baaz mengatakan,
sehingga mereka yang bemain-main dengan batu ditangan (handphone ke,
GameBoy ke, PDA ke)semasa Imam berkhutbah pun ditegah, maka sudah tentu
selain dari mendengar Khutbah dengan khusyuk, perkara-perkara lain
adalah dilarang (secara umumnya).
wallahu’ alam
-wassalam-