Sesuai dengan penaikta rafan itu, ia kini dikenali sebagai Surau Jumaat Al-Hidayah dan tanggal 8 Julai 2011 lalu menjadi catatan sejarah apabila hampir 500 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat buat kali pertama. Pengurus Besar Kanan Perancangan Korporat dan Strategik, Uda Holdings Berhad, Mohd Kamaruddin Abdul Manan berkata, pengiktirafan itu signifikan kepada pihaknya dan pengurusan Hentian Puduraya dalam usaha menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada umat Islam yang menggunakan kemudahan terminal berkenaan.
- Surau di tingkat dua bangunan itu mempunyai keluasan kira-kira 900 meter persegi (termasuk ruang lobi) dan mampu memuatkan 1,000 jemaah dalam satu masa berbanding hanya 400 jemaah sebelum ini.
- Dewan solat berhawa dingin, ia turut dilengkapi kemudahan lain yang baik dan selesa seperti tandas lelaki dan wanita, bilik loker untuk kemudahan menyimpan barang serta ruang berwuduk yang luas.
- Televisyen LED untuk membolehkan jemaah melihat khatib membaca khutbah juga disediakan di bahagian parkir kereta yang juga boleh digunakan sebagai tempat sembahyang bagi menampung lebihan orang ramai yang datang untuk bersolat.
- Surau berkenaan dihubungkan dengan eskalator dari tempat ruang menunggu bas dan kaunter tiket di bahagian bawahnya bukan lagi tangga yang sempit seperti dulu.