Sistem transit TransJakarta di bandaraya ini dilaporkan melancarkan satu
program perintis untuk mengurangkan masalah gangguan seksual dengan
mengasingkan penumpang wanita dan lelaki dalam bas membabitkan laluan
Ragunan-Dukuh Atas sejak minggu lalu.
“Kami cuba mengarahkan
penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang
lelaki di bahagian belakang bas,” kata Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa
Pengurusan TransJakarta (BLU), Muhammad Akhbar yang dipetik media di
sini.

“Kami cuba melindungi penumpang, jadi mereka perlu diasingkan. Apabila bas ini penuh, penumpang akan berasak-asak.”
Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan,
manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas. - Muhammad Akhbar,
Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta
TransJakarta akan membuat penilaian daripada penumpang sama ada untuk
meneruskan program terbabit selepas projek perintis itu berakhir, kata
Akhbar. “Jika kebanyakan mereka bersetuju kami akan melaksanakan terhadap semua laluan.”
Akbar
berkata, bilangan kes gangguan seksual terhadap bas TransJakarta tahun
ini dilaporkan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Kes
terbaru membabitkan gangguan seksual dilaporkan membabitkan pelajar
sekolah tinggi yang hanya dikenali sebagai IF, ketika dalam perjalanan
dari Kampung Rambutan ke Kampung Melayu pada 23 November lalu.
Penumpang lelaki dilaporkan sengaja meraba paha dan punggung mangsa.
Penumpang lain yang menangkap Ahmad melakukan perbuatan itu membawa
suspek ke balai polis Jatinegara di Jakarta Timur.
Akbar juga memberitahu, pelaksanaan terbabit masih lagi terhad kepada laluan tertentu dan masa tertentu.
“Ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Pada masa depan, kami akan melaksanakannya di semua laluan.”
P/s: Di Malaysia sendiri sudah melaksanakannya..Alhamdulillah..dan berapa ramai lelaki yang tak sengaja masuk dalam Keretapi yang dibina khas untuk wanita..so, kepada yang tersengaja dan tak sengaja tu..berhati-hatilah yer malu giler wooooo..sekali masuk semua pompuan dok tengok kita..ape korang rasa...