PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kesalahan komputer. Show all posts
Showing posts with label kesalahan komputer. Show all posts

Edisi Sentap! Apa ‘Dosa’ Kanak-Kanak Ini?

Oleh Kaki Wayang on

Apa 'Dosa' Kanak-Kanak Ini?

Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.

Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing.

Bukannya memakai jubah atau purdah pun!

Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.

Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!

Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Penceramah bebas yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah, Ustaz Muhamad Abdullah, berkata tindakan itu dianggap tidak wajar dan seolah-olah satu diskriminasi agama serta penganiayaan terhadap kanak-kanak terbabit.

” Saya sentiasa menggalakkan kanak-kanak ini menutup aurat walaupun dalam sukan seperti renang kerana bagi saya ia adalah wajar memandangkan Islam melarang kita mendedahkan aurat.

” Malangnya mereka menafikan pula hak anak-anak ini….kalau berlaku di negara bukan Islam kita fahamlah, tapi ni di Shah Alam.

” Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur, sampai beginikah teruknya kita orang Islam hingga terpinggir di negara sendiri?,” kata Muhammad kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Bagi penulis ini adalah satu perkara yang cukup melampau apatah lagi bila ianya berlaku pada kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyertai pertandingan seperti itu.

Apa yang dihairankan sangat dengan peraturan FINA itu, ini hanya pertandingan biasa bukannya untuk mengejar gelaran dunia atau pun Olimpik.

Tak mungkin FINA ‘gam’ sukan renang di Malaysia hanya kerana 20 orang kanak-kanak Islam memakai pakaian renang Muslim kat Shah Alam itu.

Lagipun apa maknanya Islam sebagai agama rasmi di negara ini kalau ia boleh diperlekehkan begitu saja?

Kredit: MyNewsHub

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Apa ‘Dosa’ Kanak-Kanak Ini?

Betol-betol Informasi! “Computer Bug”

Oleh Kaki Wayang on

http://2.bp.blogspot.com/_x2Och_fKsx0/SCgIDHInIXI/AAAAAAAABsA/JB0QlTVsZ2c/s400/IMG_2434.JPG

Oklah entri kali ini BBH tidak dapat nak janjikan kesahihan cerita sebenar mengenai computer bug..namun kisahnya sememangnya menarik minat BBH..kita biasa menggunakannya apabila sesuatu system yang masih baru digunakan kemudiannya dilancarkan dan mengalami gangguan kecil dalam sistemnya..

Komputer ‘bug’ pertama ditemui sebelum ini bukanlah kesalahan, kegagalan atau kecacatan pada perisisn. Pada 16947 seorang jurutera bernama Grace Murray Hopper yang sedang bekerja di Sistem Harvard University mark II Aiken Relay Calculator (ada juga yang mengatakan #70 Harvard Mark 1 System), mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan ujian yang sedang dijalankan.

Setelah mengenalpasti, dia menjumpai seekor rama-ramaterperangkap pada panel F system yang menggangu ujian. Serangga itu kemudiannya diambil dan ditampal pada buku log computer dengan nota “ kes bug sebenar” yang pertama dijumpai.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama perkataan “bug” digunakan untuk mewaklili kesalahan atau kegagalan computer. Ia telah digunakan sejak tahun 1900 lagi.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! “Computer Bug”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...