PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label salah laku warden. Show all posts
Showing posts with label salah laku warden. Show all posts
Home » Posts filed under salah laku warden
Edisi Sentap! Apa ‘Dosa’ Kanak-Kanak Ini?
Oleh Kaki Wayang on
Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor
(SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam
termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.
Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada
mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai
pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh
masing-masing.
Bukannya memakai jubah atau purdah pun!
Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang
Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk
bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu
bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.
Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!
Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Penceramah bebas yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah,
Ustaz Muhamad Abdullah, berkata tindakan itu dianggap tidak wajar dan
seolah-olah satu diskriminasi agama serta penganiayaan terhadap
kanak-kanak terbabit.
” Saya sentiasa menggalakkan kanak-kanak ini menutup aurat
walaupun dalam sukan seperti renang kerana bagi saya ia adalah wajar
memandangkan Islam melarang kita mendedahkan aurat.
” Malangnya mereka menafikan pula hak anak-anak ini….kalau berlaku di negara bukan Islam kita fahamlah, tapi ni di Shah Alam.
” Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur, sampai
beginikah teruknya kita orang Islam hingga terpinggir di negara
sendiri?,” kata Muhammad kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Bagi penulis ini adalah satu perkara yang cukup melampau apatah lagi
bila ianya berlaku pada kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyertai
pertandingan seperti itu.
Apa yang dihairankan sangat dengan peraturan FINA itu, ini hanya
pertandingan biasa bukannya untuk mengejar gelaran dunia atau pun
Olimpik.
Tak mungkin FINA ‘gam’ sukan renang di Malaysia hanya kerana 20 orang
kanak-kanak Islam memakai pakaian renang Muslim kat Shah Alam itu.
Lagipun apa maknanya Islam sebagai agama rasmi di negara ini kalau ia boleh diperlekehkan begitu saja?
Kredit: MyNewsHub
Betol-betol Sengal! Budak-budak dipaksa BOTAK!
Oleh Kaki Wayang on
Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin. Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.
Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka.
Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam.
Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang.
Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.
“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.
Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.
Sumber: BHARIAN