PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label mee bandung. Show all posts
Showing posts with label mee bandung. Show all posts

Edisi Informasi! Air rebusan mee segera wajib dibuang!

Oleh Kaki Wayang on


Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.

Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.

"Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera," ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.

"Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang," tegas dr Patricia.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. "Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain," tegasnya.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Air rebusan mee segera wajib dibuang!

Betol-Betol Hangat! Malam ni makan mee goreng..sedappp

Oleh Kaki Wayang on

11hb Mei 2011, 10.40pm - Sejam yang lepas aku baru je siap masak mee goreng..sesungguhnya aku memang sangat meminati mee goreng..kalau ke mana pon aku akan cari mee goreng..tanya Yazid Yahya kalau x caye..motepppp xcaye..semalam pon aku masak mee goreng..malam ni pon masak mee goreng..Malam ni masak lebih sikit..kesian kat kawan aku yang bujang teruna tu..teruna kewww?diet katenyer  tu sbb xmakan malam..tadi aku tanya dia..so kalau aku masak mee goreng ko tak nak la ni?sekali dia jawab..kalau ko bagi aku terima jewww....kejilaaa..


Selamat menjamu selera yer Yazidy..kalau xsedap tu mintak maaf lah yer..aku ni xpandai masak..setakat leh masak jorhhh..ko tu jangan pula menangis terharu depan rezeki...episod akhir telenovela sangat..dan ko leh tgk The Sanctum tu sambil makan mee goreng..wah Gold Class sangat..xpenah orang tgk wayang sambil makan mee goreng..hevatttt...kalau ada rezeki lebih lagi kang aku masak lagi..leh masak Spagetthi, leh masak mee bandung kesukaan ko tu dan macam-macam lagi...


Nampak cam sedap jew kan..hahahaha..kalau kengkawan nak rasa mee goreng Kaki Wayang moh le datang Muadzam Shah..aku leh masakkan..aku memang suka masak..nampak je kaki wayang tapi aku juga tetap kaki masak..ade kewww istilah kaki masak..hahahahaha..
Sila baca selanjutnyaBetol-Betol Hangat! Malam ni makan mee goreng..sedappp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...