Ketika mahu mengambil ayah mereka dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini, pertengahan bulan lalu, dua anaknya bersungguh-sungguh memberitahu mereka dan adik-beradik lain sudah insaf.
Justeru, mereka meyakinkan pengurus pusat kebajikan itu, Norijah Bidin, bahawa warga emas yang mesra dengan panggilan Wak itu mereka jaga dengan baik.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.
“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah.
P/s: Ya Allah..kejam sungguh anak-anak mereka ini..tak tahu nak kata apa..Harta dunia dilebihkan daripada Ayahnya..Oh ya..nak dapat pahala tak? Jagalah ayah anda selagi ayah anda masih ada dan masih hidup..Jangan bila dah takde baru nak terkinja-kinja nak minta maaf dan menyesal..menjaga orang tua lagi mudah dapat pahala dari mengejar harta dunia semata..