PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label perkara yang tidak disukai suami. Show all posts
Showing posts with label perkara yang tidak disukai suami. Show all posts

Edisi Hangat! Berapa Ramai Suami Sanggup Mengucapkan Ini...?

Oleh Kaki Wayang on


 Setelah menikah si suami berbicara kepada isterinya:

"Sayang, cukup abang saja yang bekerja. Sayang hanya tinggal di rumah saja menjadi pemaisuri dan menjaga harta benda, kerana abang sangat cemburu jika ada lelaki lain yang bertemu dan memperhatikan dirimu."

Masih ada yang mengucapkan sedemikian?

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Berapa Ramai Suami Sanggup Mengucapkan Ini...?

Betol-betol Informasi! 10 Perkara Yang Tidak Disukai Suami

Oleh Kaki Wayang on

http://1.bp.blogspot.com/-hwZ5T59W2LM/TlLz5ALM-hI/AAAAAAAAd2k/ekQC4L4J21A/s400/jangan.jpg

Alam kehidupan berumahtangga seharusnya memang menjadi impian setiap pasangan didunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga ke akhir hayatnya. Disamping dikurniakan zuriat-zuriat yang baik.

Namun dalam mewujudkan suasana yang penuh dengan ketenangan, kehangatan, harmonis, belas kasihan, sayang menyanyangi, perihatin dalam segala hal rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang penting kerana ia akan dapat menawan hati pasangan masing-masing. Suami yang bertaqwa kepada Allah akan menganggap mahligai yang dibina merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t

Seperti contoh suami isteri haruslah memelihara bahtera kasih-sayang dengan cara saling pesan memesan antara satu sama lain demi menjamin keuntuhan rumahtangga yang bahagia. Sebagai suami isteri yang sah takala usia hubungan tersebut sudah mengjangkau puluhan tahun maka janganlah lupa untuk kita terus membajainya selalu sewaktu diawal perkahwinan dahulu.

Bagi isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa ada tika waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan ada antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawabnya mereka terhadap suami. Sehinggakan segelintir para suami merasakan diri mereka tidak diperlukan lagi belaian dari seorang isteri. Malah lebih malang lagi jika isteri bukan sahaja tiada masa untuk suami malahan tiada masa juga untuk menguruskan diri sendiri.

Bagi sudut isteri yang berkerjaya pula selalu mengharapkan makan, minum, pakaian suami segalanya diserahkan kepada pembantu rumah. Walhal itu semua adalah tanggungjawab isteri.

Berikut adalah perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami:-
  1. Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.
  2. Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.
  3. Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.
  4. Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.
  5. Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’.’pandailah abang pilih kain ni’.
  6. Mengelakkan diri dari berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.
  7. Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatahlagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.
  8. Elakkan diri dari menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.
  9. Elakkan memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.
  10. Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.
    Semoga sebahagian ilmu yang dihuraikan diatas ini sedikit sebanyak dapatlah membantu para isteri dan diri saya sendiri dalam membentuk, memperbaiki diri demi sebuah rumahtangga yang berkekalan.
Bantulah suami takala dia menghadapai sebarang kesukaran, kesusahan terutama dari segi keewangan atau kesihatan. Kerana keprihatinan seorang isteri akan meyakinkan para suami bahawa walau apa keadaan sekalipun isteri tetap berdiri teguh dibelakang suaminya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! 10 Perkara Yang Tidak Disukai Suami

Edisi Sentap! Iklan Ubat Gigi yang mengelirukan!

Oleh Kaki Wayang on


Kalau korang tengok iklan kat TV tu, tiga-tiga jenama ubat gigi ni mengaku yang doktor gigi paling mengesyorkan jenama mereka. Jadi mana satu sebenarnya ubat gigi yang digunakan doktor? Semuanya recommended by doctor gigi..


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Iklan Ubat Gigi yang mengelirukan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...