Alam kehidupan berumahtangga seharusnya memang menjadi impian setiap
pasangan didunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang
dicintai hingga ke akhir hayatnya. Disamping dikurniakan zuriat-zuriat
yang baik.
Namun dalam mewujudkan suasana yang penuh dengan
ketenangan, kehangatan, harmonis, belas kasihan, sayang menyanyangi,
perihatin dalam segala hal rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang
penting kerana ia akan dapat menawan hati pasangan masing-masing. Suami yang bertaqwa kepada Allah akan menganggap mahligai yang dibina merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t
Seperti contoh suami isteri haruslah memelihara bahtera kasih-sayang
dengan cara saling pesan memesan antara satu sama lain demi menjamin
keuntuhan rumahtangga yang bahagia. Sebagai suami isteri yang sah takala
usia hubungan tersebut sudah mengjangkau puluhan tahun maka janganlah
lupa untuk kita terus membajainya selalu sewaktu diawal perkahwinan
dahulu.
Bagi isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa ada tika
waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan
ada antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawabnya
mereka terhadap suami. Sehinggakan segelintir para suami merasakan diri
mereka tidak diperlukan lagi belaian dari seorang isteri. Malah lebih
malang lagi jika isteri bukan sahaja tiada masa untuk suami malahan
tiada masa juga untuk menguruskan diri sendiri.
Bagi sudut isteri
yang berkerjaya pula selalu mengharapkan makan, minum, pakaian suami
segalanya diserahkan kepada pembantu rumah. Walhal itu semua adalah
tanggungjawab isteri.
Berikut adalah perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami:-
- Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.
- Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.
- Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.
- Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.
- Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’.’pandailah abang pilih kain ni’.
- Mengelakkan diri dari berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.
- Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatahlagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.
- Elakkan diri dari menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.
- Elakkan memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.
- Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.
Semoga sebahagian ilmu yang dihuraikan diatas ini sedikit sebanyak dapatlah membantu para isteri dan diri saya sendiri dalam membentuk, memperbaiki diri demi sebuah rumahtangga yang berkekalan.
Bantulah
suami takala dia menghadapai sebarang kesukaran, kesusahan terutama
dari segi keewangan atau kesihatan. Kerana keprihatinan seorang isteri
akan meyakinkan para suami bahawa walau apa keadaan sekalipun isteri
tetap berdiri teguh dibelakang suaminya.