PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label punca pendek nyawa. Show all posts
Showing posts with label punca pendek nyawa. Show all posts

Edisi Sentap! Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin!

Oleh Kaki Wayang on



Chandra BAHADUR DANGI (kiri) duduk di sebelah seorang kanak-kanak di daerah Jhapa, Nepal pada 6 Februari lalu. 
 
Seorang warga emas yang didakwa lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi menyatakan, dia berharap kehidupannya menjadi lebih baik selepas mendapat pengesahan Guinness World Records. Dangi mendakwa dia memiliki ketinggian cuma 56 sentimeter (sm) dengan berat badan hanya 12 kilogram. 

Pada minggu ini, sepasukan pegawai Guinness World Records dijangka tiba di kampung halaman Dangi di Purandhara, selatan Nepal bagi mengukur ketinggian lelaki berusia 72 tahun itu. Dalam wawancara pertama bersama agensi berita AFP, Dangi berkata, pengesahan Guinness World Records amat bermakna buat dirinya selepas dia hidup susah selama bertahun-tahun.

"Saya percaya hidup saya akan menjadi lebih baik. Saya berharap saya akan menjadi terkenal di seluruh dunia," kata Dangi ketika ditemui pada satu acara keagamaan di Surunga, bandar yang terletak di tebing sungai Kankai, 280 kilometer ke tenggara ibu kota Nepal, Kathmandu.

"Saya mahu melawat negara-negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia."

Dangi yang memiliki lima adik-beradik yang mempunyai ketinggian normal kini menjalani kehidupan sebagai pesara. Menurutnya, dia belum pernah bercinta dan masih belum berumah tangga.

"Saya pendek sejak zaman kanak-kanak. Justeru, saya tidak dapat mencari seorang wanita untuk berkahwin semasa saya muda. Kemudian saya meninggalkan terus idea mengenai perkahwinan.

"Pada peringkat umur ini, saya tidak berminat untuk berkahwin lagi," katanya.

Punca dia tidak membesar masih lagi menjadi misteri walaupun ramai pemegang gelaran lelaki terpendek dunia sebelum ini disahkan menghidap sindrom pembesaran terbantut yang mempunyai tanda-tanda sejak dalam rahim ibu lagi.

Dangi menyatakan, beberapa saudaranya akan mengaraknya pada festival semasa dia masih muda. Menurutnya, dia tidak berkongsi sebarang bayaran yang diperoleh daripada saudaranya itu.

"Mereka melayan saya sebagai alat permainan," katanya kepada akhbar Republica.

Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sm. Namun, jika dakwaan Dangi disahkan, dia bukan sahaja merampas gelaran Balawing tetapi turut diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia yang pernah direkodkan.

Seorang lagi rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar memegang rekod sebagai lelaki paling pendek di dunia selama setahun ketinggiannya dengan 67sm pada 2010. Magar muncul di televisyen di Eropah dan di Amerika Syarikat selain menjadi duta pelancongan Nepal.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin!

Betol-betol Informasi! Tonton TV sebabkan pendek nyawa

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwHZNUbOMlEKS-LaPxin9ArtqxWGLxzIbUhJ6phyoMRF8GyRIvnUSp2mDdoq-pXflM4dzSSqqeDXR4ANOh0m5VOI1MKnzI4sn2XI9T7-p9Z7ctu2GXSBD2PqvT_ZHEyU4F1M3xOC4x7Hc0/s1600/kid-watching-tv.jpg

Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun. Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: 

“Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti. “Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.

Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu.
 
P/s: Pas ni nak kurangkan lah tonton tv..tapi cam mane pula kalau berjam-jam depan komputer atau laptop nak update blog? Apapun semuanya Allah SWT yang tentukan..kita hanya merancang Allah SWT yang tentukan..kalau dah takdir mati atas sebab-sebab tonton tv..itu semua kuasa Allah SWT..Selamat bersahur dalam 5 jam lagi yerrr..

 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tonton TV sebabkan pendek nyawa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...