Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label rahsia demam. Show all posts
Showing posts with label rahsia demam. Show all posts
Home » Posts filed under rahsia demam
Betol-betol Informasi! Rahsia disebalik DEMAM!
Oleh Kaki Wayang on
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu
biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam,
namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan
apakah pula hikmahnya?
Hakikat Demam
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam
hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi
Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)
Dalam
kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh
orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah
telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab
yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah
telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal
dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk
baginya.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan
dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas
orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri
manusia betapa panasnya api neraka.
Namun pendapat ini disanggah
oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk
dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau
berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari
hembusan api neraka.
Adapun maksud “mendinginkannya dengan air”
itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada
riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi
minum air.
Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam
Memang
tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau
mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
Sebenarnya
kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita
kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh
dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu
alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka,
pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya
aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan
dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah
mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu.
Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya
kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka
dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika
seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh
mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka
tidaklah juga menjadi apa-apa.
Al-Quran ada menceritakan tentang
kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di
antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal.
Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku
baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian
baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup
dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya
dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak
disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh
baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang
tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka
keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil.
Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.
Nabi
Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia
bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah
bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan
permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :
Tafsirnya
: “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata:
Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang
lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah
Al-Anbiya¡|: 83)
Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang
disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya
budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku
ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang
menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”,
kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa
Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus
juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada
segala yang mengasihani”.
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub
mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku
kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada
sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada
Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang
telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu
Wa Taala.
Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar,
pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah
ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa
malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah
Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun
sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta
dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
Mencaci-maki Demam
Selaku
seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak
mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar
semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari
mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh
Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith
yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :
Bahawasanya
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu
Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.
Nabi
Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit
demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia)
sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah,
segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat,
hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya.
Demam Penebus Dosa
Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.
Begitu
juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu
anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya,
kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu
boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
Jadi, ditimpa
demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan
dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
Jadi,
marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Bagaimanakah dengan kita
apabila ditimpa demam? Adakah kita akan merungut-rungut? Atau kita tetap
redha dengan ketentuan ALLAH pada kita? Fikir-fikirkan.