PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label semak kemasukan pelajar. Show all posts
Showing posts with label semak kemasukan pelajar. Show all posts

Betol-betol Hangat! Permohonan Kemasukan ke UiTM sesi 2 2011/2012 kini dibuka!

Oleh Kaki Wayang on

Tentu ramai yang nak sambung belajar kan..yang tak berjaya namanya dipilih pada sesi pertama..dah tentu tidak akan melepaskan peluang bagi pengambilan Sesi 2 ini kan..so, apa lagi cepat-cepat mohon..tawakal dan usaha..insyaAllah anda akan berjaya...


http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2010/05/logo_uitm.jpg


• Profesional
• Sarjana Muda – Sepenuh Masa (S)
• Sarjana Muda – Pelajar Luar Kampus (PLK) / Setara Sepenuh Masa (SS)



CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)


1. Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).


2. Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011


3. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.


4. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.


5. Sila baca dan teliti senarai serta syarat program sebelum mengisi permohonan agar pemohon tidak tersalah memilih program.


6. Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.


Untuk memohon secara online sila layari: Permohonan Kemasukan ke UiTM Online!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Permohonan Kemasukan ke UiTM sesi 2 2011/2012 kini dibuka!

Betol-betol Hangat! 86 pelajar cemerlang ditempatkan di IPTS

Oleh Kaki Wayang on

Sedih bila mendengar bahawa terdapat lebih dari 80 orang pelajar cemerlang ditempatkan di IPTS..Pada 1 Jun yang lalu Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menempatkan 86 pelajar cemerlang yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengajian di luar negara di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kos yang penempatan pelajar terbabit ialah RM21.6 juta berbanding RM52.1 juta jika mereka ditawarkan biasiswa ke luar negara.

"Sebab itu kita pilih cadangan pertama untuk hantar ke IPTS mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata, pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 Cina, 11 India dan seorang Bumiputera Sarawak, akan ditempatkan di bebebapa IPTS antaranya Universiti Perubatan Antarabangsa, Monash University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia Malaysia.
 
P/s: Kalaulah pelajar yang telibat (86 Orang) itu datangnya dari keluarga miskin (kurang berada)..mampu kah mereka mengejar dan merealisasikan cita-cita mereka? kenapa tak hantar je kat IPTA yang jauh lebih berpatutan?adakah disebabkan kursus pengajian yang diminta tidak ada kat IPTA?

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! 86 pelajar cemerlang ditempatkan di IPTS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...