Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, membebaskan seorang mangsa rogol, setelah dia bersetuju untuk berkahwin dengan perogolnya.
Menurut kenyataan kerajaan, wanita yang dipenjara atas tuduhan
berzina itu bersetuju untuk berkahwin, tetapi sebaliknya peguamnya
berkata, dia tidak bersetuju untuk berkahwin dengan perogolnya. Wanita yang bernama Gulnaz itu, melahirkan seorang anak perempuan di penjara.
Seorang pegawai kanan berkata, kerajaan tidak mengenakan apa-apa syarat atas pembebasannya.
“Presiden Hamid telah memberi tugas kepada Menteri Kehakiman untuk berbincang dengan Gulnaz dan tanyakan apa yang dia mahu.
“Dalam perbincangan itu, Gulnaz berkata dia bersetuju berkahwin
dengan perogolnya dengan syarat abangnya berkahwin dengan adik perogol
itu,” kata jurucakap Presiden Hamid, Emal Faizay.
“Ini adalah keputusannya. Saya boleh mengesahkan tiada syarat yang dikenakan oleh kerajaan Afghanistan,” katanya.
Peguam Gulnaz berkata, dia berharap kerajaan dapat memberi kebebasan
kepada wanita itu untuk memilih siapa yang mahu dikahwininya.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Sengal! Bebas dengan syarat kahwin perogol