Betol-betol Sengal! Bebas dengan syarat kahwin perogol

Oleh Kaki Wayang on

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, membebaskan seorang mangsa rogol, setelah dia bersetuju untuk berkahwin dengan perogolnya. 

Menurut kenyataan kerajaan, wanita yang dipenjara atas tuduhan berzina itu bersetuju untuk berkahwin, tetapi sebaliknya peguamnya berkata, dia tidak bersetuju untuk berkahwin dengan perogolnya. Wanita yang bernama Gulnaz itu, melahirkan seorang anak perempuan di penjara.

Seorang pegawai kanan berkata, kerajaan tidak mengenakan apa-apa syarat atas pembebasannya.

“Presiden Hamid telah memberi tugas kepada Menteri Kehakiman untuk berbincang dengan Gulnaz dan tanyakan apa yang dia mahu. 

“Dalam perbincangan itu, Gulnaz berkata dia bersetuju berkahwin dengan perogolnya dengan syarat abangnya berkahwin dengan adik perogol itu,” kata jurucakap Presiden Hamid, Emal Faizay.

“Ini adalah keputusannya. Saya boleh mengesahkan tiada syarat yang dikenakan oleh kerajaan Afghanistan,” katanya.

Peguam Gulnaz berkata, dia berharap kerajaan dapat memberi kebebasan kepada wanita itu untuk memilih siapa yang mahu dikahwininya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...