PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label tutup aib saudaramu. Show all posts
Showing posts with label tutup aib saudaramu. Show all posts
Home » Posts filed under tutup aib saudaramu
Edisi Agama! Usah buka aib insan lain, Semoga Allah menutup keaiban kita, terutama ketika di padang Mahsyar nanti!
Oleh Kaki Wayang on
BARU-baru ini, saya sempat mengikuti satu kuliah Maghrib yang
disampaikan seorang ustaz berkisarkan riba. Ustaz itu sempat membacakan
hadis diriwayatkan Abdullah Bin Mas’ud. Hadis itu menyatakan, riba mempunyai 73 cabang pintu. Dosa paling
ringan bersamaan dosa seorang anak lelaki berzina dengan ibunya,
manakala dosa paling berat seperti menjatuhkan maruah seorang Muslim.
Namun, bukan persoalan riba yang mahu saya fokuskan, sebaliknya betapa pentingnya menjaga maruah dan aib orang lain. Bayangkan betapa besar dosa berzina dengan ibu kandung. Tidak
tergambar untuk difikirkan, malah sangat meloyakan untuk menyebutnya. Namun, Rasulullah SAW menyatakan dosa menjatuhkan maruah seorang Muslim yang lain adalah lebih besar daripada dosa itu.
Edisi Informasi! Selaput Dara dan Kesucian Wanita!
Oleh Kaki Wayang on
Ada hal menarik tentang kehidupan wanita.
Apakah itu? Iaitu tentang selaput dara.
Selaput ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khusus untuk perempuan. Selaput ini apabila terkoyak akibatnya mengeluarkan darah.
Biasanya, darah itu keluar akibat hubungan suami isteri sebagaimana lazimnya. Itulah sebabnya selaput ini juga dipakai sebagai lambang keperawanan perempuan.
Tetapi jangan salah anggap, memang selaput ini sangat nipis, jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri. Boleh sahaja selaput dara ini terkoyak kerana kita jatuh tergelincir dari pokok.
Selain nipis, selaput ini juga bervariasi. Setiap perempuan memiliki selaput dara yang berbeza kekenyalan dan morfologi (bentuk).
Mungkin, kalau terlalu kenyal, seseorang perempuan selaput daranya tidak koyak seumur hidup. So, sungguh tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya cuma hanya dari perdarahan selaput dara.
Dan sungguh tidak adil juga kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi mereka membiarkan pelacuran tumbuh subur, berganti-ganti pasangan atau kebebasan yang jahiliah lainnya. Membiarkan selaput dara itu rosak ditangan kedurjanaan dan zina.
Sungguh indah islam yang memuliakan perempuan.
Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah:

“Wanita itu dinikahi kerana empat aspek: kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh kerana itu, pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung.”
Beginilah ISLAM menilai perempuan. Suci dan terhormat.
Bukan sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci, bukan kecantikan yang membuatnya tinggi. Hanya agama, iaitu akhlak yang memancarkan keimanan. Luar biasa! Cuma ISLAM yang indah sebegini!
Betol-betol Insaf! Allah SWT melarang perbuatan mengintip!
Oleh Kaki Wayang on
Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”
Al-Imam al-Tabari (Menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya.
Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain. Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”.
Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya. Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)