PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Sedap! Rezeki Malam ni
Oleh Kaki Wayang on
Wah malam ni makan fevret food gehtooo..makan sardin, makan kerang dan ikan masin aka ikan kering..aku kalau bab makan memag tak kira tu makanan mahal ke, makanan bajet ke ape...tapi fevret aku memang makan sardin..kalau kat umah cukuplah sardin sebagai pembuka selera..bukan selera je terbuka..nafsu makan pown terbuka jugak..tu yang jadi 2, 3 pinggan nasi tambah tu...
Betol-betol Hangat! Lauren Alainan Lawan Scotty McCreery
Oleh Kaki Wayang on
Teka- teki siapa dua peserta melangkah ke final program reality popular American Idol ke-10 akhirnya terjawab apabila Lauren Alainan dan Scotty McCreery diumumkan sebagai pilihan majority peminat.
Pada saingan minggu lalu, haley Reinhart diumumkan peserta terakhir tersingkir daripada program berkenaan. Lebih bermakna, Laureen dan McCreery Berjaya menambat 95 juta pengundi yang turut mencatat undian tertinggi dalam sejarah penerbitan berkenaan untuk episode sebelum final.
Berita baik buat peminat tempatan, Final AI10 yang akan diadakan di Nokia Theatre, Los Angelespada 25 Mei ini dapat ditonton ecara langsung menerusi ASTRO. Ia akan disiarkan di saluran Star World (channel 711) jam 6 petang manakala ulangan jam 8 malam.
Keputusan persembahan pula akan siumumkan pada 26 Mei secara langsung jam 8 pagi manakala ulangan jam 6 petang dan 8 malam pada hhari yang sama.
Labels:
AI10,
American Idol 10,
American Idol Final,
astro,
Finale,
Lauren Alania,
Scotty McCreery
Betol-betol Hangat! Review filem KL Gangster
Oleh Kaki Wayang on

Jun ni, peminat-peminat filem arahan pengarah muda Mohd. Syamsul Yusuf, akan disajikan dengan filem terbaru arahan beliau KL Gangster.
Sedikit synopsis filem ini:
“KL Gangster mengisahkan dua beradik Malek dan Jai lakonan Aaron dan Ady yang terjebak dalam dunia gangster. Malek dipenjara lima tahun kerana dikhianati kumpulannya sendiri yang didalangi Shark (Syamsul) yang juga anak tiri King (Ridzuan Hashim). King adalah ketua kongsi gelap paling berpengaruh di Kuala Lumpur.
Selepas menjalani hukuman dipenjara, Malek ingin mengubah kehidupannya dengan menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap. Namun ianya bukan lah lessen untuk masyarakat menerimanya semula. Malek dipandang serong dan sering diganggu gangster yang mahu membalas dendam terhadapnya. Mujurlah ada teman lamanya King yang sering membantunya daripada diganggu gangster lain.
Adiknya Jai pula menjadi orang kanan Shark. Konflik makin tegang apabila Shark merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran Malek. Pelbagai strategi dilakukan oleh Shark untuk melangkaui Malek namun tetap dihalang oleh King yang menganggap Malek sebagai sahabatnya.
Wujud pula dendam Shark terhadap ayah tirinya sendiri. Kemelut antara dua beranak semakin berlarutan dan berpaksikan kuasa dan sikap tamak Shark menganggap Malek adalah punca segala-galanya”
Apa yang bakal terjadi dalam konflik yang semakin tegang ini?jom join Betol-betol Hangat! Menonton movie ni..Kat East Coast Mall, Kuantan yerrr..
P/s: Jangan banyaksangat tengok filem-filem ganas yer kengkawan..jangan bawak anak tau g tgok filem ni lebih-lebih lagi kalau masih remaja..kang ditirunya aksi-aksi dalam filem ni..mampuih kite nak menjawabnya..(Mode: kekadang Betol-betol Hangat (BBH) kecewa kerana banyak sangat filem-filem bercorak keganasan dan masalah kebejatan social di pawagam sekarang ni)Selamat menonton yer siding pembaca sekalian..
Betol-betol Bengap, Bangang, Bengong dan Derhaka! Tumbuk Ibu Suruh Solat
Oleh Kaki Wayang on

Tiap kali baca kisah mengenai IBU, Betol-betol Hangat begitu emosi bila manusia yang dianggap paling baik, paling berharga, paling berguna, paling dihormati dan semualah yang berkaitan dengan 16 sifat moral terbaik diperlakukan seperti binatang. Rasanya binatang pon sayanag akan anaknya..dan anaknya pon sayangkan ibunya..tapi berlainan pula kisah anak derhaka ini.
Hanya kerana menasihati anak lelakinya supaya Solat dan membaca Al-Quran, sepasang suami isteri cedera ditumbuk dan ditendang pemuda itu di rumahnya, di Gombak. Difahamkan pasangan itu cedera di muka, kepala dan badan selepas dipukul lebih 15 minit oleh anak kesayangan mereka itu.
Suspek dikatakan hilang pertimbangan apabila bapanya menasihatkannya supa tidak meninggalkan solat dan selalu membaca Al-Quran dengan memberi contoh anak jiran mereka. Suspek yang bagai dirasuk hantu, bertindak menyerang bapanya namun dihalang ibunya. Susulan daripada itu, suspek menumbuk muka ibunya menyebabkan ibunya jatuh tersungkur.
Lebih malang lagi segala rayuan minta dikasihani tidak diendahkan suspek. Suspek hanya berhenti dari membelasah kedua orang tuanya apabila melihat ramai jiran yang bertandang ke rumahnya.
P/s: Bilamana kita menyakiti hati ibu kita, walaupun dengan berkata ah! Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengampunkan kita melainkan kita mendapat keampunan dari ibu kita. Sesungguhnya syurga itu berada di telapak kaki ibu..Ibu, maafkan aku seandainya aku pernah menyakiti hatimu. (mode: Betol-betol Hangat sebak tika menaip entri ini..ingat sebak yer bukan pantulan cahaya)
Labels:
anak derhaka,
ibu,
minta ampun,
nasihat anak,
selamat hari bu,
solat fardhu
Betol-betol Hangat! Microsoft beli Skype
Oleh Kaki Wayang on
Microsoft dikatakan telah memeterai perjanjian membeli laman Skype dengan harga bernilai RM2.4 billion. Skype popular kerana berkeupayaan membuat panggilan melalui video secara online. Mengikut cakap-cakap, pengambi alihan itu dikatakan memberi kesan negative terhadap Skype.
P/s: Betol-betol Hangat! Pernah beberapa kali membuat panggilan online menerusi Skype dengan menggunakan Nokia N900..Wow!!!amazing gehtoooo…mungkin dengan pengambil alihan ni akan menyebabkan panggilan video yang dibuat akan dikenakan charge…eeeee tak bestnyerrrrr..